"GILA""⸻kata Farhash yang digosipkan terlibat isu anak Rafizi diserang

Khabar angin tuduhan tanpa bukti terhadap Farhash dilaporkan semakin tersebar

Sebuah portal berita yang dikenali lantang melaporkan ahli politik yang kini bergelar ahli perniagaan bertaraf korporat, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, menafikan khabar angin yang mengaitkan dirinya dengan serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli.

“Gila,” ringkas kata Farhash yang merupakan bekas Setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika dihubungi portal berita berkenaan, iaitu Malaysiakini bagi mengulas tuduhan berkenaan yang semakin tersebar.

Rafizi semalam berkata serangan terhadap anaknya kelmarin dilakukan oleh dua individu berpakaian hitam dan memakai topi keledar bertutup penuh.

Dalam sidang media di Parlimen, Rafizi berkata serangan itu mungkin berkait dengan pertemuannya baru-baru ini bersama “sekumpulan pemberi maklumat” yang memiliki maklumat mengenai skandal melibatkan “individu tertentu”.

Bekas menteri ekonomi itu berkata dia telah membongkar banyak kes sebelum ini, namun ini merupakan kali pertama dia dan keluarganya menjadi sasaran ancaman.

Rafizi tidak menamakan individu yang terlibat, namun dalam beberapa minggu kebelakangan ini, bekas timbalan presiden PKR itu ada meminta SPRM membuka kertas siasatan terhadap Farhash, yang namanya didakwa berkaitan skandal perlombongan arang batu.

Rafizi berkata dia mahu mengetahui punca serangan itu, tetapi menyerahkan kepada pihak polis untuk menentukan sama ada terdapat kaitan secara langsung.

Beliau juga mendedahkan mesej ugutan turut dihantar kepada isterinya selepas serangan terhadap anak mereka.

Salah satu mesej itu didakwa mengugut anak mereka dengan jangkitan virus AIDS.

“Mesej itu berbunyi: ‘Diam! Andai teruskan, AIDS!’ dan disertakan dengan tiga emoji picagari,” dedah Rafizi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar semalam, berkata pihak polis akan menyediakan kawalan keselamatan kepada keluarga Ramli susulan insiden tersebut.

Shazeli berkata, siasatan menyeluruh melibatkan pelbagai aspek sedang dijalankan oleh kontinjen polis Selangor dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Menurutnya, siasatan setakat ini belum mengenal pasti bahan yang disuntik ke tangan kiri kanak-kanak berusia 12 tahun itu, namun mangsa berada dalam keadaan stabil di bawah pemerhatian hospital.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital