Al Quran dan tikar sejadah menjadi kawan paling rapat


Teman rapat kakak ipar saya ialah Al Quran, tikar sejadah pula menjadi teman setia Najib Razak

Baru-baru ini saya berkunjung dan mennziarah kakak ipar saya di kediamannya di Temerloh. Dia ialah balu kepada arwah abang saya yang telah meninggal dunia pada Februari tiga tahun lalu.

Setahun selepas suaminya menghembuskan nafas terakhir, anak perempuan sulungnya pula meninggal dunia.

Tinggal seorang diri di sebuah banglo, sesekali dua orang lagi anaknya pulang untuk menziarah ibu.

Ketika berbual dia ada memberitahu saya teman paling rapatnya pada masa ini ialah Al Quran.

Tiba-tiba hari ini saya terbaca sebuah artikel terbitan Astro Awani. Ia mengenai peranan tikar sejadah di dalam kehidupan bekas perdana menteri Malaysia yang berasal dari Pahang, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

Tikar sejadah seakan menjadi makhluk bernyawa buatnya sejak dipenjarakan di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022.

Genap tiga tahun berlalu sejak bekas Perdana Menteri, Najib Razak dipenjarakan, beliau tampil meluahkan perasaannya menerusi sebuah penulisan berbentuk nukilan puitis yang dikongsikan kepada umum, kata Astro Awani.

Dalam coretan itu, Najib menggambarkan suasana kehidupannya di balik tirai besi – dari laungan azan Subuh yang sayup kedengaran hingga ke dingin lantai simen yang hanya beralas tikar sejadah, menjadi saksi doa dan sujudnya saban hari.

Beliau menyifatkan tikar sejadah sebagai ‘teman setia’ yang menemaninya ketika bermunajat mencari ketenangan, tempat mengadu dan ruang untuk meluahkan segala kepahitan.

“Luka dan parut di hati, hanya Allah yang tahu, hanya Allah yang mengerti,” tulisnya.

Najib dalam penulisan itu turut menyatakan bahawa doa keluarga serta rakyat yang mendoakannya menjadi sumber kekuatan untuk terus tabah.

“3 tahun berlalu… doa keluarga, doa saudara saudari semua memberi harapan, menjadi sumber kekuatan,” katanya.

Nukilan itu diakhiri dengan keyakinan bahawa akan tiba masanya keadilan ditegakkan, walaupun beliau tidak menyebut bilakah saat yang dimaksudkan.

“3 tahun berlalu… tikar sejadah menjadi teman. Saat itu pasti tiba. Bila….” tulis Najib di akhir nukilan tersebut, seperti dipetik Astro Awani.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital