Nga Kor Ming dibidas gambarkan orang Melayu pengotor, kuat buang sampah merata-rata
Kalau Nga Kor Ming menjadi perdana menteri, confirm orang Melayu mengamuk
Suka atau tidak, hati majoriti orang Melayu sudah terpaut kepada PAS. Nurul Izzah boleh bertanding lagi di Permatang Pauh dalam PRU akan datang
"PKR, UMNO, Bersatu, Amanah... GET LOST" Permadu modify kata-kata OutSyed The Box😁
Malaysiakini melaporkan awal hari ini, bekas menteri sumber asli dan kelestarian alam Encik Nik Nazmin Nik Ahmad mengingatkan kerajaan supaya berhati-hati mengulas perhimpunan menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur, pada Sabtu 26 Julai yang lalu.
Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata, tindakan membesarkan isu seperti jumlah sampah yang dikutip mungkin kelihatan remeh, tetapi boleh dilihat sebagai memperlekeh keresahan rakyat.
Malah, katanya memberi mesej perkauman secara tersirat.
“Ini bukan niatnya, tetapi politik adalah tentang persepsi.
“Isu ini akan memberi ruang simpati kepada penganjur, dan mengalihkan fokus keterbukaan kerajaan dan kelemahan hujah pembangkang,” katanya.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Encik Nga Kor Ming mendakwa hampir 20 metrik tan sampah ditinggalkan selepas perhimpunan dan pekerja pembersihan terpaksa bekerja sehingga lewat malam.
Bagaimanapun, seorang anggota parlimen Perikatan Nasional (PN) menafikan dakwaan itu kerana tidak selari dengan anggaran polis bahawa 18,000 hadir demonstrasi berkenaan.
"Menteri kata 20 tan (sampah), bersamaan dengan 20,000kg. Kalau seorang bawa satu botol kosong, (jumlahnya) 20,000kg, maknanya yang hadir 400,000," katanya.
Penganjur mendakwa terdapat 500,000 peserta dalam perhimpunan itu. Bagaimanapun, portal bebas Malaysiakini menganggarkan angkanya menghampiri 25,000 sahaja.
Menulis di media sosial pagi ini, Nik Nazmi berkata kritikan rakyat walaupun disampaikan dalam bentuk demonstrasi, tidak harus disambut dengan reaksi defensif semata-mata.
Sebaliknya, katanya, ia harus menjadi pencetus untuk mencari penyelesaian kepada isu-isu asas rakyat seperti kos sara hidup, keadilan sosial, dan masa hadapan ekonomi negara.
“Isu-isu dasar inilah yang kemudian akan diolah dan dibakar dengan sentimen kaum dan agama agar lebih tular bagi meraih undi, walaupun menyebabkan rakyat papa kedana.
“Masa hadapan negara ini tidak dibina dengan retorik, tetapi dengan kejujuran, kerja keras, dan kesediaan untuk mendengar,” katanya.
Terima kasih pada PM, polis
Nik Nazmi bagaimanapun mengucapkan terima kasih atas kerjasama kerajaan dan polis kepada penganjur dan peserta himpunan Turun Anwar.
“Walaupun terdapat perbezaan pandangan politik dan saya juga tidak menyokong mesej himpunan itu, hak rakyat untuk berhimpun secara aman merupakan tiang penting dalam sistem demokrasi.
“Dalam hal ini, sikap Perdana Menteri @anwaribrahim yang terbuka dengan demonstrasi tersebut harus dihargai,” katanya.
Sementara itu, Nik Nazmi turut mengambil kesempatan mengecam anggota parlimen Jasin Encik Zulkifli Ismail yang memimpin bacaan qunut nazilah untuk “menggambarkan seolah-olah kerajaan hari ini memusuhi Islam”.
“Perbezaan politik tidak wajar disalut dengan retorik kebencian agama,” katanya yang baru meletakkan jawatan menteri selepas kalah pemilihan PKR.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment