YB wanita cekik pramugari berdepan tindakan polis dan undang-undang

Kisah benar macam drama

Berita bertarikh semalam, Sabtu 19 April 2025 ini dipetik dari Astro Awani. Astro Awani pula memetiknya dari Sinar Harian. Sinar Harian pula memetik berita ini dari Agensi. Petik atas petiklah katakan😅.

KES melibatkan Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Sumatera Utara, Puan Megawati Zebua, yang didakwa mencetuskan kekecohan kerana mencekik seorang pramugari syarikat penerbangan Wings Air, kini memasuki fasa baharu apabila pihak syarikat penerbangan terbabit secara rasmi membuat laporan polis di Markas Polis Resor (Polres) Nias.

Wings Air turut menafikan sebarang bentuk perdamaian antara kedua-dua pihak dalam insiden yang berlaku pada penerbangan IW-1267 laluan Gunungsitoli ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Medan pada 13 April 2025.

"Berdasarkan laporan dan catatan sebenar di lapangan, tiada permintaan damai daripada pihak pelanggan kepada pramugari yang bertugas," kata Jurucakap Komunikasi Strategik Korporat Wings Air, Encik Danang Mandala Prihantoro pada Khamis 17 April.

Danang menjelaskan bahawa syarikat telah membuat keputusan untuk meneruskan kes ini melalui saluran perundangan, dan laporan rasmi telah pun dibuat kepada pihak berkuasa.

"Wings Air tetap komited dalam melindungi keselamatan serta profesionalisme kru kabin, di samping memastikan ketenteraman dan keselesaan semua penumpang sepanjang penerbangan.

"Sehubungan itu, kami akan meneruskan proses undang-undang mengikut peraturan yang berkuat kuasa, dan perkara ini akan ditangani oleh pihak berkuasa di Markas Polis Resor Nias, Sumatera Utara," katantya.

Sebelum ini, Megawati Zebua ketika dihubungi oleh pihak detikSumut mendakwa bahawa beliau dan pramugari terbabit telah saling memaafkan selepas kejadian berlaku.

"Sudah ada komunikasi dan saling memaafkan. Biarlah ini menjadi pengajaran kepada kita semua – baik penumpang mahupun pramugari.

"Saya tidak tahu menahu mengenai tindakan undang-undang, baru sahaja mendengarnya. Tiada komunikasi lagi dengan pihak pramugari, sebab saya anggap perkara ini sudah selesai dan saling memaafkan," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Parlimen Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Sumatera Utara.

Megawati juga menjelaskan bahawa perdamaian itu berlaku ketika beliau masih berada di Lapangan Terbang Binaka, selepas diturunkan daripada pesawat.

"Semasa masih di lapangan terbang, kami sempat saling meminta maaf. Saya hendak pulang sebab sudah ketinggalan pesawat.

"Ketika itu, saya hubungi Pengarah Lapangan Terbang, Encik Zulkifli, saya terangkan perkara tersebut dan beliau minta saya bersabar. Saya pun cakap saya sudah sabar, dan anggap perkara ini sebagai pengajaran," ujarnya.

Bagaimanapun, pihak Wings Air menegaskan tiada perdamaian rasmi berlaku, dan tindakan undang-undang kini sedang diteruskan oleh pihak berkuasa.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital