Ulamak kontroversi yang kekal popular

FLASHBACK Mokhtar Senik 

Agamawan ini dilihat berjaya menarik perhatian dan popular dengan cara tersendiri. 

Beberapa tahun lalu beliau pernah menimbulkan kontroversi apabila ada pihak mendakwa agamawan ini menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita melalui kaedah dalam talian.

Dakwaan ini menjadi lebih panas apabila ia sampai ke tahap berunsur seks .

Seorang lelaki kemudian mendakwa dialah yang bercinta secara online dengan agamawan ini dengan menyamar sebagai seorang perempuan.

Walaupun kedua pihak membuat laporan polis, namun isu berkenaan akhirnya senyap begitu sahaja.

Ulamak kontroversi PAS tegur tak payahlah sampai pergi kuil, gereja

Malaysiakini semalam sempat menyiarkan laporan mengenai pandangan seorang agamawan PAS berkait isu orang Islam melawat rumah ibadat bukan Islam.

Menurut portal itu, seorang pemimpin ulamak kanan PAS secara berlapik membidas tindakan "ustaz" yang berkunjung ke rumah ibadah orang bukan Islam atas alasan mahu menunjukkan betapa toleransinya agama.

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mokhtar Senik, berkata sepatutnya isu sebegitu tidak timbul kerana seseorang ustaz sepatutnya tahu berkenaan isu tersebut dan tidak tersalah langkah.

"Ustaz tak jumpa ke ayat-ayat Quran yang boleh jadi dalil bahawa Islam ini agama toleransi dan adil? Tak payah la gi (pergi) kuil ke, gereja ke, untuk buktikan Islam agama toleransi.

"Tafsir, usul fiqh dan qawaeidul fiqh ngaji (belajar) belaka. Tinggal lagi nak amal bila tu?

"Jangan layan semangat playsafe tak tentu hala begitu. Hayatilah surah al-Kafirun," tulisnya di media sosial semalam.

Meskipun tidak menyebut secara jelas, kenyataan Mokhtar itu hadir ketika sesetengah pihak mempersoalkan kewajaran Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Encik Nushi Mahfodz, melawat sebuah kuil Hindu di Semenyih, Selangor pada 6 April lalu.

Nushi yang juga Adun Semenyih memuat naik gambar lawatannya ke Kuil Arulmigu Dewi Sri Karumariamman Alayam atas alasan mahu menyantuni penganut Hindu di kawasan tersebut.

Nampak ada hikmah

Kata Nushi, sebahagian besar masa lawatannya dihabiskan untuk berdialog dan mendengar sendiri harapan penganut Hindu terbabit serta perancangan pihak kuil untuk komuniti setempat.

"Ia ruang yang amat penting untuk membina kefahaman dua hala, jauh daripada prejudis atau tanggapan luar," katanya.

Menurut Mokhtar, langkah seorang ustaz melawat rumah ibadah bukan Islam membawa mudarat yang lebih banyak berbanding manfaat kepada agama.

"Mudaratnya kepada jamaah. Kalau pun ada manfaat itu hanya untuk ustaz je," katanya yang baru-baru ini memperoleh gelaran doktor falsafah dari sebuah universiti di Riau, Indonesia.

Untuk rekod lawatan dibuat Nushi itu turut dibela oleh seorang pemimpin kanan DAP, Syahredzan Johan.

Kata Ahli Parlimen Bangi itu, langkah diambil Nushi memang sebahagian daripada tanggungjawab asas seorang wakil rakyat yang perlu mewakili semua kaum dan agama bagi kawasan yang diwakilinya.

Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan PAS Pusat, dikenali sebagai Nurul Islam Mohamed Yusoff, turut mempertahankan Nushi kerana ia bersifat kunjungan muhibah dan tidak melibatkan sebarang ritual keagamaan.

Sementara itu, Nushi dalam hantaran di Facebooknya pada hari sama mempertahankan tindakannya berkunjung ke kuil Hindu sebagai "satu hikmah".

Katanya, dalam suasana masyarakat yang majmuk di negara ini, ada ketikanya langkah diambil atas dasar hormat dan perpaduan boleh disalah erti.

"Kehadiran saya ke kuil (di atas tanah RIB - rumah ibadah bukan Islam) baru-baru ini, walaupun tidak melibatkan sebarang ritual keagamaan, tetap menimbulkan kekeliruan sesetengah pihak.

"Namun di situlah saya melihat satu hikmah, ia membuka ruang untuk kita perjelaskan kembali batas-batas yang Islam tetapkan: bahawa kita boleh menghormati tanpa menggadai akidah, dan boleh meraikan kepelbagaian tanpa menjadi apologetik," tulisnya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital