Semua orang Melayu buat tak betul, veteran UMNO anggap Tajuddin profesor kangkong

"Pintu terbuka luas untuk Tajuddin berambus jika malu jadi rakyat Malaysia" 

Malaysiakini hari ini melaporkan Kelab Veteran UMNO mencabar ahli akademik Prof Dr Tajuddin Rasdi (gambar, atas) melepaskan kerakyatan dan berpindah ke negara lain selepas menyuarakan rasa malu terhadap reaksi orang ramai berhubung kesilapan akhbar Sin Chew Daily menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub (gambar, atas sekali), berkata kenyataan Tajuddin adalah tidak patriotik, bertentangan dengan sentimen awam yang mengecam Sin Chew, serta bercanggah dengan kemurkaan Yang di-Pertuan Agong terhadap akhbar berbahasa Cina tersebut.

"Veteran UMNO amat kesal dengan kenyataan Prof itu apabila dia sanggup menghina negara sendiri demi untuk membela orang yang membuat kesalahan menghina negara.

"Kalau betul dia malu menjadi rakyat negara ini, maka pintu Malaysia terbuka luas untuk dia berambus keluar dari negara ini.

"Malaysia tidak akan rugi dengan kehilangan seorang Prof kangkong yang tidak ada jati diri dan rasa sayang kepada negara sendiri.

"Veteran UMNO mencabar Prof itu membuktikan yang dia benar-benar malu menjadi rakyat negara ini dengan melepaskan kerakyatannya dan berpindah ke negara lain,” kata Mustapha.

Semalam, Tajuddin meluahkan rasa kecewa berhubung penahanan dua editor kanan akhbar harian Sin Chew, dengan mengatakan dia berasa amat malu menjadi rakyat Malaysia.

Kecaman terhadap Sin Chew timbul selepas akhbar itu menyiarkan imej Jalur Gemilang tanpa bulan sabit dalam laporan sempena lawatan negara Presiden China, Encik Xi Jinping, ke Malaysia.

Tajuddin berkata tindakan Sin Chew memohon maaf, membetulkan kesilapan dan komited untuk menilai semula prosedur penggunaan kecerdasan buatan (AI) itu seharusnya mencukupi.

Dia berkata, rakyat Malaysia masih gagal mengambil iktibar daripada beberapa insiden sebelum ini, termasuk kontroversi KK Mart, isu Era FM, dan kes pemindahan kuil.

“Saya ambil inspirasi daripada Nabi saya, tetapi saya tertanya-tanya, mereka yang menuntut 'balas dendam' – dari mana mereka belajar agama mereka?

“Benar, hari ini saya rasa malu dipanggil rakyat Malaysia,” katanya.


End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?