Polis ditemui mati dalam keadaan sedang duduk di sofa di rumah
Bernama melaporkan seorang anggota polis berpangkat koperal daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kem Galing PGA di Kuantan, Pahang semalam, Isnin 7 April 2025.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima maklumat pada 11 malam dengan mangsa berusia 42 tahun dipercayai telah meninggal dunia antara tiga ke empat hari lepas.
Mangsa ditemukan duduk di sofa di ruang tamu rumah di tingkat enam kuarters kem berkenaan. Lelaki itu tinggal bersendirian dan ditemukan oleh dua rakan yang mencarinya bagi tugasan operasi hari ini.
Pintu rumah terpaksa dipecahkan kerana mangsa gagal menjawab telefon. Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan atau perlakuan jenayah pada badan mangsa,” katanya kepada agensi berita rasmi negara itu hari ini.
Encik Wan Mohd Zahari berkata, adik mangsa memaklumkan abangnya menghidap hipertensi dan pernah diserang angin ahmar pada dua tahun lepas, serta masih mengambil ubat bagi penyakit tersebut.
Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan untuk bedah siasat.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment