Penyokong JDT dan Pahang bertumbuk sebelum perlawanan final bermula
Kehangatan final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim dan Sri Pahang dicemari dengan insiden pergaduhan dua kumpulan penyokong, lapor Berita Harian sebentar tadi.
Insiden berkenaan berlaku di pekarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebelum penyokong memasuk gelanggang final itu.
Ia turut membabitkan aksi tumbuk-menumbuk dan tendang-menendang selain saling membaling objek.
Bagaimanapun insiden itu hanya berlaku seketika apabila ia berjaya dileraikan pihak berkuasa yang bertugas di tempat kejadian.
JDT dan Pahang akan berentap jam 9 malam ini di Stadium Nasional bagi merebut trofi Piala Malaysia musim 2024-25.
Perlawanan itu juga boleh dianggap sebagai ulangan final Piala Malaysia 2014 yang menyaksikan skuad Tok Gajah memenanginya menerusi penentuan penalti.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment