Penduduk Kampung Melayu Majidee berharap tanah mereka mendapat status hak milik kekal

Sebahagian penduduk Kampung Melayu Majidee hadir Majlis Taklimat dan Jamuan Hari Raya anjuran Perkam di Dewan Raya Kampung Melayu Majidee pada Ahad.
Gambar Sinar Harian

Akhbar Sinar Harian melaporkan hari ini bahawa lebih 40,000 penduduk Kampung Melayu Majidee di Johor Bahru terus hidup dalam dilema apabila permohonan mereka untuk menukar status tanah kediaman daripada Tanah Rizab Melayu (TRM) berstatus pajakan 99 tahun kepada hak milik kekal masih belum menerima sebarang maklum balas daripada kerajaan negeri.

Encik Abdul Rahim (tengah) pada Kampung Melayu Majidee hadir Majlis Taklimat dan Jamuan Hari Raya anjuran Perkam di Dewan Raya Kampung Melayu Majidee pada hari ini, Ahad 20 April 2025.
Gambar Sinar Harian

Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemilik-pemilik Tanah dan Penduduk Kampung Melayu Majidee (Perkam), Encik Abdul Rahim Md Shariff, berkata isu tersebut membimbangkan kerana kebanyakan penduduk telah menetap di kampung berkenaan sejak era 1950-an.

“Tempoh pajakan akan tamat pada tahun 2053, hanya tinggal 28 tahun sahaja lagi. Jika tiada tindakan segera, penduduk berisiko kehilangan tanah pusaka yang diwarisi turun-temurun.

“Kampung Melayu Majidee merupakan penempatan Melayu kedua terbesar selepas Kampung Baru, Kuala Lumpur, dan terletak di lokasi strategik di tengah-tengah bandar raya Johor Bahru dengan keluasan kira-kira 730 hektar,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Taklimat dan Jamuan Hari Raya Perkam di Dewan Raya Kampung Melayu Majidee, hari ini, Ahad 20 April 2025.

Kampung Melayu Majidee di tengah bandar raya Johor Bahru. 
Gambar Sinar Harian

Menurut beliau, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menyerahkan permohonan rasmi kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, pada 8 September tahun lalu, lengkap dengan petisyen dan dokumen berkaitan.

“Namun, sehingga kini kami masih belum menerima sebarang maklum balas. Malah surat permohonan temu janji yang dihantar pada 27 Januari lalu juga belum dijawab,” katanya.

Tambah Abdul Rahim, setakat ini pihaknya mengesan sebanyak 12 lot tanah dalam kawasan kampung tersebut telah bertukar kepada status hak milik kekal.

“Walaupun latar belakang pemilikan lot-lot tanah ini berbeza, semuanya terletak dalam kawasan Kampung Melayu Majidee. Ini membuktikan bahawa penukaran status kepada hak milik kekal tidak mustahil untuk dilaksanakan secara menyeluruh,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau merayu agar kerajaan negeri mempertimbangkan permohonan tersebut demi menjamin kelangsungan masyarakat Melayu di kawasan bandar.

“Kami tidak mahu nasib kami berakhir seperti penduduk Kampung Baru yang terpaksa turun naik mahkamah mempertahankan hak mereka.

“Jangan jadikan isu Kampung Melayu Majidee sebagai modal pilihan raya semata-mata. Suara penduduk perlu didengar dan diperjuangkan sepanjang masa,” tegasnya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital