Menteri jangan buat cerita karut hingga penyanyi naik tocang
Kalau Siti Nurhaliza tak mahu menyanyi sukarela lagi, jemput penyanyi lain
Malaysiakini melaporkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Armizan Mohd Ali menyatakan rasa sedih apabila penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin terpaksa memberi penjelasan berhubung persembahan di majlis hari raya anjuran kerajaan.
Ahli Parlimen Papar itu berkata, dia khuatir jika penyanyi yang mesra disapa Tok Ti itu enggan membuat persembahan secara sukarela dalam acara lain selepas ini.
“Khususnya mengenai Datuk Siti saya ada terbaca juga, saya pun sedih apabila dia terpaksa membuat komen (penjelasan) itu. Saya khuatir selepas ini dia tak mahu keluar (buat persembahan sukarela) pula.
“Jadi saya ingin jelaskan contohnya kalau terkait Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dia merupakan penggerak kepada Yayasan Nurjiwa, merupakan rakan strategik KPDN dalam kita menggerakkan program kebajikan membantu kos sara hidup rakyat.
“Yayasan Nurjiwa melaksanakan inisiatif foodbank untuk dihantar (agih) kepada golongan yang susah.
“Dia hadir sebagai rakan strategik, dia menyanyi secara tiba-tiba atas permintaan daripada bawah dan dia menyumbangkan lagu,” katanya selepas merasmikan Hari Intelek dan Muzik 2025 anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di Petaling Jaya, hari ini.
Armizan berkata demikian ketika diminta mengulas kecaman orang ramai terhadap persembahan beberapa artis popular pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ini selepas ruangan komen Facebook Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjadi sasaran netizen yang mempersoalkan perbelanjaan bagi membayar artis terbabit.
Semalam Siti berkata dia tidak menerima sebarang bayaran untuk menyanyi pada majlis tersebut dan berbuat demikian dengan rela hati bagi menyatakan penghargaan terhadap petugas kesihatan.
Media melaporkan elaporkan Jamal berkata dia hanya menerima sagu hati kecil untuk membuat persembahan dan menerima jemputan itu daripada Ketua Setiausaha KKM yang merupakan kenalannya.
Menteri Kesihatan, Dzukefly Ahmad, hari ini pula mengatakan tiada sebarang bayaran dikeluarkan untuk persembahan tersebut.
Sementara itu Armizan berkata, Siti Nurhaliza juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk persembahan pada majlis hari raya anjuran KPDN, semalam.
“Dia hadir atas kebersamaan dan kita amat menghargainya. Walaupun saya sendiri tak sempat tengok sebab bergegas (ke acara lain).
“Saya amat menghargai Datuk Siti yang memberi pengiktirafan kepada penjawat awam yang bekerja keras termasuk di KPDN untuk menggalas amanah dalam membantu kos sara hidup rakyat,” katanya.
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment