Mahkamah di Indonesia mula bersidang kelmarin membicarakan dakwaan Jokowi miliki ijazah palsu

Pada masa sama peguam yang cabar kesahihan ijazah Jokowi disiasat menggunakan dokumen akademik palsu

Seorang peguam yang sebelum ini pernah mencabar kesahihan ijazah Presiden ke-7 Indonesia, Encik Joko Widodo (gambar, atas sekali) kini disiasat pihak berkuasa selepas didakwa menggunakan dokumen akademik palsu, Sinar Harian memetik laporan Agensi semalam.

Encik Zaenal Mustofa (gambar, atas), anggota pasukan peguam Tolak Ijazah Palsu Usaha Gakpunya Malu (TIPU UGM) dituduh memalsukan surat pengesahan pelajar dari Universitas Muhammadiyah Surakarta (UMS) dengan menggunakan nombor induk mahasiswa (NIM) C100010099 yang sebenarnya milik individu lain.

Ketua Polis Daerah Sukoharjo, AKBP Anggaito Hadi Prabowo mengesahkan suspek melakukan perbuatan pemalsuan surat dengan cara membuat dokumen seolah-olah beliau merupakan pelajar Fakulti Undang-Undang Universitas Muhammadiyah Surakarta (UMS)," katanya pada Khamis.

Siasatan bermula selepas laporan dibuat oleh Asri Purwanti pada 16 Oktober 2023.

Hasil semakan Lembaga Layanan Pendidikan Tinggi (LLDIKTI) Jawa Tengah mendapati Zaenal sebenarnya merupakan pelajar Universitas Surakarta (UNSA) yang berpindah dari UMS.

Jawapan rasmi UMS bertarikh 13 Mei 2020 turut mengesahkan bahawa nombor NIM yang digunakan dalam dokumen itu adalah milik Anton Widjanarko, bukannya Zaenal.

Polis kemudiannya menyita beberapa bahan bukti termasuk surat pindah, transkrip nilai serta salinan ijazah dan menjalankan gelar perkara (sesi semakan kes).

Hasilnya, Zaenal disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 263 Ayat 2 Kanun Keseksaan Indonesia kerana menggunakan dokumen palsu.

Zaenal sebelum ini memainkan peranan utama dalam saman yang difailkan oleh TIPU UGM terhadap Presiden Jokowi pada 14 April lalu di Mahkamah Negeri Solo.

Saman tersebut menamakan empat pihak sebagai defendan iaitu Jokowi, KPU Kota Solo, SMAN 6 Solo, dan Universitas Gadjah Mada (UGM).

Menurut anggota pasukan peguam itu, Muhammad Taufiq, mereka mempertikaikan latar belakang pendidikan Jokowi yang didakwa tidak jelas, termasuk dakwaan bahawa beliau bukan lulusan SMAN 6 seperti yang tercatat.

Sementara itu, Mahkamah Negeri Solo mengesahkan bahawa sidang pertama berkaitan kes ijazah Jokowi serta satu lagi kes berkaitan projek mobil Esemka akan dijalankan serentak pada 24 April ini.


End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital