Imam masjid dibayar gaji melalui cek kosong setiap bulan

Gambar hiasan, tokoh politik Malaysia Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membersihkan lantai yang basah di dalam Masjidil Haram di Kota Mekah, Arab Saudi.

Sebelum ini, semasa berada di Mekah, seorang warga Arab Saudi memberitahu saya bahawa Imam Besar Masjidil Haram di Tanah Suci Mekah Al Mukarramah dibayar gaji US$20,000 (lebih kurang RM90,000) sebulan, selain kerajaan negara itu menyediakan empat buah rumah mewah untuk empat orang isteri beliau.

Betul atau tidak, Permadu Malaysia tidak dapat mengesahkan kebenarannya.

Terbaharu, saya menerima perkongsian video daripada seorang sahabat yang menceritakan bahawa Imam Masjidil Haram di Mekah dan Imam Masjid Nabawi di Madinah di Arab Saudi dibayar gaji melalui cek kosong setiap bulan.

Kemudian, mereka tulislah sendiri berapa banyak yang diinginkan. Ini kerana, menurut penjelasan di video itu, profesion Imam yang memerlukan pengetahuan yang sangat tinggi berkaitan agama, adalah terlalu mulia. Oleh itu, pihak kerajaan tidak dapat menilai kemuliaan yang terlalu mulia itu dengan wang.

Maka, kerajaan menyerahkan imam-imam itu sendiri menilaikannya, seterusnya menulis sendiri berapa banyak wang yang diinginkan.

TONTON VIDEO

Sekali lagi, Permadu Malaysia tidak dapat mengesahkan kebenarannya meskipun suara penyampai di video itu memperlihatkan ciri-ciri keimanan beserta lenggok kearaban.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital