Hassan Karim calon presiden PKR paling layak selepas Anwar

Permadu Malaysia berpandangan Ahli Parlimen Pasir Gudang Encik Hassan Abdul Karim wajar mempertimbangkan semula keputusan tidak akan bertanding dalam PRU16 akan datang (selewat-lewatnya pada 2027), sekiranya beliau masih diberi kepercayaan oleh parti yang dianggotainya.

PKR sebenarnya adalah sebuah parti politik yang lemah. Untuk survival, PKR sangat bergantung kepada parti-parti komponen Pakatan Harapan seperti DAP dan Amanah yang masih tidak mampu dan tidak cukup kuat membentuk kerajaan tanpa disokong BN, selain gabungan parti-parti di Sabah dan Sarawak. Tanpa sokongan ini, kerajaan perpaduan tidak dapat dibentuk.

Kemenangan Hassan untuk dua penggal berturut-turut di Pasir Gudang lebih disebabkan oleh kewibawaan beliau sendiri, bukan keyakinan majoriti rakyat setempat terhadap PKR.

Mana kan tidak, tokoh gergasi Johor yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sanggup lari ke Kota Tinggi yang lebih selamat pada November 2022 dalam PRU15. Padahal, beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Lari menciput ke Kota Tinggi.

Sudah terang lagi bersuluh, Khaled mesti menyedari beliau tidak akan menang jika bertanding menentang Hassan di kawasan parlimen tersebut.

Permadu Malaysia berpendapat jika ada kesempatan, Hassan wajar menawarkan diri bertanding jawatan presiden PKR di penggal ini atau jika sudah terlewat, pada penggal akan datang.

Oleh kerana khidmat beliau masih diperlukan, maka orang ramai masih belum bersedia untuk merestui Hassan bersara dari politik nasional.

Faktor usia bukan isu. Jika dibanding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, Hassan boleh dianggap sebagai seorang pemimpin muda.

Kalau dibanding pula dengan pemimpin senior lain dalam PKR seperti Datuk Seri Rafizi Ramli, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Seri Wafa Farhash Salvador, Puan Nurul Izzah Anwar dan lain-lain, Hassan dilihat sebagai berada di barisan paling hadapan.

Dalam menyuarakan pendirian, Hassan dengan jelas memperlihatkan kerasionalan dan kematangan, di mana pandangannya lebih menjurus kepada kepentingan negara dan rakyat, bukan kepentingan politik, apa lagi peribadi.

Hassan yang merupakan seorang peguam adalah individu yang setia kepada presiden parti, tetapi tidak akan teragak-agak menyanggah presiden jika dia rasa perlu berbuat demikian.

Hassan juga menampilkan dirinya insan kerdil yang taat setia kepada Raja-Raja Melayu, tetapi tegas sebagai seorang bukan pembodek istana.

Atas faktor-faktor yang dinyatakan, inilah sebabnya beliau dihormati dan disayangi, bukan sahaja penduduk Pasir Gudang, tetapi kebanyakan rakyat di seluruh Malaysia.

Permadu Malaysia percaya, di bawah kepimpinan Hassan, PKR akan menjadi sebuah parti yang lebih kuat.

Bukan sama sekali bermaksud menjatuhkan Anwar, tetapi pandangan ini memaknakan selepas Anwar bersara.

Keangkuhan antara punca ramai pemimpin terkenal PKR kalah mengejut kepada pemimpin kurang dikenali

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan hari ini Hassan mendakwa beberapa keputusan mengejutkan dalam pemilihan PKR sekarang menunjukkan berlakunya “revolusi demokrasi” dalam parti berkenaan.

Menurut Hassan, pada pemilihan parti itu tiga tahun lalu, ramai pemimpin PKR yang bergerak dengan slogan Ayuh Malaysia memenangi jawatan di peringkat cabang. Beliau dipercayai mensasarkan kumpulan Rafizi.

Dakwa Hassan mereka itu merupakan pemimpin yang cuba menyisihkan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, kata Hassan, keputusan pemilihan terkini pula menunjukkan mereka – yang terdiri daripada “tokoh-tokoh besar” – gagal mempertahankan jawatan berkenaan kerana kalah kepada calon yang terdiri daripada ahli tidak ternama atau akar umbi.

“Jadi pilihan raya (pemilihan) PKR sekarang adalah satu revolusi demokrasi (melalui) peti undi secara digital tercanggih.

“(Mereka) melakukan pembersihan di dalam kepimpinan di peringkat 222 cabang di seluruh negara berjaya membuang politik kartel dan politik elit yang telah merosakkan PKR dalam beberapa tahun terakhir ini […],” katanya dalam kenyataan media hari ini.

PKR mengadakan pemilihan pemimpin di peringkat pertengahan (cabang) sejak hujung minggu lalu dan berakhir semalam. Keputusan menunjukkan ada tokoh tertentu kalah kepada pencabar. Misalnya Ahli Parlimen Johor Bahru merangkap Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Encik Akmal Nasrullah Nasir.

Bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Malaysia itu kalah kepada bekas Ketua AMK Johor Bahru, encikTaufiq Ismail yang kurang dikenali.

Semalam, Naib Presiden PKR yang juga penyandang Ketua Cabang Setiawangsa, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, tewas kepada pelakon, pengarah dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki.

Pun begitu, pemilihan di peringkat pusat akan berlangsung pada 24 Mei ini.

Untuk rekod, kumpulan Ayuh Malaysia dikenali sebagai tempat pemimpin politik yang menyokong Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang kini berkhidmat sebagai Menteri Ekonomi.

Antara pemimpin lain PKR yang dekat dengan Rafizi tetapi kalah dalam pemilihan kali ini ialah Ahli Parlimen Ampang, Puan Rodziah Ismail; Encik Lee Chean Chung (Petaling Jaya) dan Encik Fahmi Zainol (Adun Pantai Jerejak).

Pada masa sama ada juga sekutu Rafizi yang berjaya mempertahankan kedudukan masing-masing termasuk Ahli Parlimen Tanjong Malim, Encik Chang Lih Kang, yang menang tanpa bertanding di Tanjong Malim, serta Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Rafizi sendiri menang tanpa bertanding di Pandan.

Menurut Hassan, sejak menjadi kerajaan sesetengah pemimpin PKR berubah sikap sehingga menjadi golongan elit dan tidak lagi mengendahkan ahli lain, termasuk yang pernah membantu mereka.

Golongan elit terbabit, kata Hassan, sudah “tidak kenal” lagi penyokong masing-masing sehingga gagal membalas atau menjawab mesej yang dihantar kepada mereka.

Hassan – yang tidak bertanding dalam pemilihan kali ini serta mengumum untuk tidak mempertahankan kerusi Pasir Gudang – mendakwa ada antara pemimpin berkenaan keluar dari kumpulan WhatsApp ahli-ahli biasa PKR yang mendukung mereka selama ini.

“Tokoh-tokoh besar ini akhirnya tahu tinggi rendahnya langit apabila dihukum dalam pemilihan secara demokratis melalui pilihan raya PKR,” katanya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?