Agen hartanah muda ditemui mati dalam kereta berkunci dari dalam

Sehari sebelum meninggal dunia, si mati ada menelefon ibu memberitahu dia tertekan kerana gagal melunaskan baki hutang pelanggan sebanyak RM500,000

Akhbar dan portal berita Bahasa Melayu sensasi Kosmo! melaporkan seorang agen hartanah berusia 34 tahun ditemukan tidak bernyawa di dalam kenderaannya yang diletakkan di hadapan sebuah hotel di Ayer Keroh di Melaka, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada sepupu mangsa pada pukul 10.30 malam.

“Seorang wanita memaklumkan sepupunya tidak sedarkan diri di dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 berwarna putih. Pintu kenderaan itu berkunci dan enjin dimatikan.

“Pengadu mengetuk tingkap kereta beberapa kali, tetapi tiada jawapan. Dia lemudian menghubungi pihak Bomba bagi mendapatkan bantuan. Lelaki itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya kepada pemberita di Melaka semalam.

Menurut beliau, pemeriksaan ke atas tubuh si mati tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kesan kecederaan.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati mangsa yang beralamat di Skudai, Johor dan masih bujang pernah memaklumkan kepada ibunya bahawa dia tertekan ekoran perlu membayar hutang sebanyak RM500,000.

“Kali terakhir si mati berhubung dengan ibunya kira-kira pukul 11 malam pada 8 April lalu dan ada memberitahu dia gagal melunaskan baki hutang pelanggan berjumlah RM500,000,” katanya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital