PAS tiada pilihan, terpaksa sokong Anwar berkaitan tapak kuil Hindu
Adakah ini satu lagi petanda dalam diam PAS-Madani sedang menjalin hubungan intim?
Dalam pendirian yang jarang-jarang berlaku, PAS kelmarin menyatakan sokongan mereka kepada pendirian diambil perdana menteri, khusus melibatkan kontroversi tapak sebuah kuil yang terletak berhampiran Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, begitulah komen Malaysiakini dalam artikel terbitannya.
Malah Ketua Penerangan PAS Encik Ahmad Fadhli Shaari menganggap pendirian diambil Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai "tepat".
"Ini merupakan pendirian yang tepat dan perlu disokong. Mana-mana binaan haram di atas tanah pemilik yang lain sudah tentu tiada pilihan lain melainkan dirobohkan," katanya melalui Facebook pada 25 Mac 2025.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berpendapat, pertikaian mengenai keberadaan kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur itu bukanlah berkaitan isu agama sebaliknya undang-undang.
"Harapnya tidak timbul lagi isu seperti ini di masa akan datang. Salam Ramadan," katanya.
Terdahulu media melaporkan Anwar bertegas bahawa kontroversi tanah itu mesti dikendalikan mengikut kedaulatan undang-undang.
Dalam ucapannya pada sambutan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur pada pagi hari berkenaan, Anwar berkata kuil Dewi Sri Pathrakaliamman itu didirikan di atas sebidang tanah tanpa kebenaran pemiliknya sebelum ini mahupun sekarang.
Sambil berkata ia perlu dipindahkan, Anwar menegaskan bahawa kuil berkenaan bukanlah rumah ibadat pertama yang telah dipindahkan atau dirobohkan kerana melanggar undang-undang.
“... Soal pembinaan masjid di tapak yang ada kuil yang tidak mendapat izin. Ada orang tak mahu sebut, bukan kuil haram, tak apalah istilah.
“Tapi kuil itu tidak dapat izin milik tanah dari tuan tanah, sama ada (tuan tanah) dulu DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) atau sekarangnya syarikat (yang memilikinya).
“Kita negara hukum. Negara hukum ini ikut hukum dan oleh kerana nak jaga hubungan antara kaum, kita lakukan sesuatu yang tidak semestinya perlu iaitu runding dengan baik kerana bagi mereka (penganut agama Hindu) itu tempat kepercayaan dan amalan agama harus dipindahkan dengan baik,” kata Anwar.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment