Tangisan Dr Jezamine sama sekali tidak bermakna dia dan Harith tidak bersalah
Pihak lain jadi susah masuk penjara bila pelawak guna agama sebagai bahan lawak. Adakah pelawak sudah terlalu kekeringan modal hingga terpaksa kaitkan isu agama? Punca sebenar masalah datang dari pelawak sendiri! Tindakan sewajarnya harus diambil terhadap pelawak seperti ini. Semalam, akhbar Sinar Harian melaporkan bekas isteri pelawak Harith Iskander menangis di luar Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur pada Jumaat 31 Januari 2025, selepas ditanya mengenai kesan yang dihadapi ekoran kiriman ‘WhatsApp’ ugutan rogol dan bunuh anak perempuannya, minggu lalu . Dr Jezamine Lim, 42, pada mulanya kelihatan tenang dan tersenyum ketika disapa media. Bagaimanapun, selepas ditanya mengenai permintaan tertuduh untuk berjumpa dan memohon maaf, ibu kepada tiga anak itu gagal untuk menyembunyikan perasaan lalu menangis di samping Harith. Harith, 58, kemudiannya menenangkan bekas isterinya itu dan memohon semua pihak memberi ruang untuk Jezamine untuk bertenang. “Sebagai seorang ibu, semua akan faham ...