Umpama masuk meminang dengan kiasan tanpa jawapan, usah bicara lagi

Pihak pembangkang sempat menyalahkan kerajaan Madani, walaupun menjunjung titah Sultan Pahang

Media melaporkan pemimpin politik akur dengan titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya semua pihak tidak berterusan membahaskan isu Titah Adendum kerana perkara itu sudah berada di bawah proses undang-undang.

Bagaimanapun, pihak pembangkang sempat menyalahkan kerajaan Madani kerana tidak jujur, tidak berterus-terang dan tidak cekap menguruskan isu itu sehingga menjadi bahan polenik seluruh negara.

Berita Harian memetik Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz sebagai berkata jika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa bersikap telus, perbahasan ini tidak berlaku dan akan berpanjangan.

"Salah kerajaan dan PM10 (Anwar) kerana gagal menyelesaikan isu ini secara cepat dan baik, sebaliknya mengakibatkan ia berpanjangan sehingga melebihi satu tahun.

"Kita junjung titah Tuanku Sultan Pahang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, isu ini turut menjadi perbahasan umum selepas pemimpin UMNO yang pro bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat terdapat elemen penderhakaan dan kegagalan untuk menjunjung kehendak-kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Al-Sultan Abdullah seperti dipetik dalam laporan media pagi tadi mahu semua pihak menghormati proses undang-undang yang sedang berlangsung.

Turut akur dengan titah baginda, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh.

"Menjunjung titah tuanku," katanya ringkas ketika diminta mengulas saranan Sultan Pahang itu.

Pada Januari lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Najib juga dikatakan akan memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh kerana didakwa 'menyorokkan' Titah Adendum.

Titah Adendum berkenaan dikatakan diperkenan Al-Sultan Abdullah yang juga Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan bekas perdana menteri menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Kini, perbicaraan kes itu sedang berjalan di Mahkamah Tinggi.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana