Anak tak pakai tudung di luar bidang kuasa, kata penyanyi dangdut-pop berimej pendakwah

Iwan serah kepada menantu soal Aprena buka tudung

Penyanyi Iwan Syahman enggan masuk campur berhubung dakwaan anaknya, iaitu pelakon Aprena Manrose yang dikatakan tidak lagi berhijab, demikian menurut laporan Berita Harian hari ini.

Sebaliknya, Iwan menyerahkan perkara itu kepada menantu kerana sebagai isteri, soal Aprena terletak di bawah tanggungjawab suami.

"Saya faham, setiap kali berlaku hal kurang enak membabitkan anak-anak, saya yang akan kena 'tembak' dahulu.

"Tetapi dalam hal ini, dia ada suami. Jadi, biarlah suami yang uruskan kerana Aprena di bawah tanggungjawabnya.

"Saya tidak mahu ikut masuk campur. Lainlah kalau dia sudah bercerai, saya tahulah hendak buat apa," katanya ditemui pada majlis Sentuhan Kasih Madani Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Kuala lumpur, semalam.

Bagaimanapun, sebagai bapa, Iwan mengakui tidak akan lepas tangan dan sentiasa menitipkan pesanan kepada anak-anak sebagai panduan menjalani kehidupan.

"Apabila berita itu tersiar, saya tidak hubungi dia (Aprena). Tetapi kalau dia datang rumah, saya akan beri nasihat mengenai apa yang boleh dan tidak patut dibuat.

"Itu terpulang kepada dia sama ada hendak terima atau tidak. Tugas saya hanyalah untuk mengingatkan sahaja agar tidak tersasar.

"Rasulullah SAW datang ke dunia untuk mengingatkan sahaja kerana yang beri hidayah adalah Allah SWT dan perkara itu tidak boleh dipaksa.

"Tetapi saya bersyukur dan sentiasa berdoa supaya anak-anak kita dapat berubah walaupun ada ketika, mereka gagal istiqamah.

"Ini kerana iman mereka masih lemah dan usaha untuk menguatkannya tidak dibuat bersungguh-sungguh," katanya.

Terdahulu, melalui hantaran video dimuat naik Uqasha Senrose yang juga sepupunya, Aprena dan beberapa rakan lain dilihat berada di gelanggang badminton.

Dalam video itu, dapat dilihat Aprena yang mengenakan baju-T lengan pendek hanya memakai bandana putih di kepala.

Biarpun sekilas, namun, video terbabit menunjukkan Aprena yang membintangi drama drama bersiri, Hello, Saya Anak Uncle! seperti tidak bertudung.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?