Suasana suram di Pahang — Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia

Pemergian bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Allahyarhamah Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman, pada usia 75 tahun, merupakan satu kehilangan besar kepada negara.

Media memetik Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai berkata Allahyarham yang merupakan bekas Ketua Wanita UMNO dan juga bekas Ahli Parlimen Paya Besar itu telah banyak mencurahkan jasa dan bakti ketika perkhidmatannya. 

"Innalillahiwainnalillahirajiun. Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman yang telah meninggal dunia kira-kira jam 11.23 malam tadi. 

.”Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar kepada negara, negeri Pahang dan juga UMNO kerana banyak jasa telah Allahyarhamah curahkan sepanjang hayatnya. 

”Semoga roh Allahyarhamah Tan Sri dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan segala dosa serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh, Al-Fatihah.” kata Wan Rosdy yang baru kembali bertugas selepas menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), menerusi satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, seperti dilapor Malaysia Gazette, kehilangan besar figura dan tokoh kepimpinan wanita dalam negara itu juga dikongsi oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Katanya, beliau sempat menziarahi Allahyarhamah semasa menerima rawatan di Hospital Shah Alam, Selangor.

”Innalillahiwainalillahirajiun. Saya dikhabarkan YBhg Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman, Mantan Ahli Parlimen Paya Besar telah meninggal dunia pada 11.23 malam, semalam.

“Beliau sempat juga beliau titipkan pesanan dan nasihat buat saya. Satu kehilangan buat kami Paya Besar. Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah,” katanya.

Siti Zaharah yang juga Pengerusi Institut Kemajuan Wanita Malaysia (IKWAM) dilahirkan pada 24 April 1949 dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan antaranya Timbalan Perancangan, Dewan Bahasa dan Pustaka (1980-1986), Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri (1986), Timbalan Menteri Kesihatan (1995-1999) dan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (1999-2004).

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital