Polis siasat dakwaan Mahathir hina raja, rujuk Peguam Negara Selasa ini

Noorsiah Mohd Saaduddin

Polis melengkapkan kertas siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berkait dakwaan menghina institusi raja, FMT melaporkan. 

Dr Mahathir Mohamad

Setiausaha Polis, Noorsiah Saaduddin, berkata kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara minggu depan selaras peruntukan undang-undang.

“Polis melengkapkan kertas siasatan terhadap Mahathir bersabit kes penghinaan institusi diraja.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 6 Jun 2023 (Selasa) selari peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.

Noorsiah turut memaklumkan, berhubung isu Proklamasi Orang Melayu, polis masih di peringkat siasatan dan akan merakamkan percakapan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy. 

Semalam, Bukit Aman memaklumkan pihaknya merakam percakapan Mahathir di Yayasan Albukhary di ibu negara.



End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Jom I belanja you minum teh tarik, kari power, hmm sedap

Semoga kesedihan anda terubat selepas menonton video ini

Tinjauan terbaru menunjukkan PN bakal tawan Selangor

NAFI KAHWINI NAJIB, NOOR HAIZA TIMBULKAN LEBIH BANYAK PERSOALAN

Penyandang ahli parlimen JB sumbang van jenazah kepada masjid

Rakyat belum terima isyarat reformasi Anwar Ibrahim

Tinjauan dapati kecenderungan memilih profesion agamawan/pendakwah mungkin terjejas

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?