GURU TASKA/TADIKA MILIK PAS DITINDAS?
SEBUAH kumpulan yang menamakan organisasi mereka sebagai Hak Pasti telah melahirkan rasa kecewa terhadap pihak berwajib dan majikan di atas pengabaian untung nasib tenaga kerja rangkaian institusi seluruh negara institusi pra-sekolah milik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) , dikenali sebagai PASTI . Antara dakwaan Hak Pasti , tenaga kerja PASTI menerima gaji bulanan sebanyak antara RM400 dan RM600 sahaja, jauh lebih rendah dari amaun gaji minimum RM1,100 sebulan. Selain itu, tenaga kerja PASTI tidak mencarum di KWSP dan Perkeso . Ini merupakan satu kesalahan majikan yang serius di sisi undang-undang. Hak Pasti juga mendakwa tenaga kerja PASTI tidak dibayar kerja lebih masa. Lebih buruk lagi, kebajikan para kakitangan yang sakit tidak diambil peduli oleh majikan. Kita ikuti e-mel yang diterima Permadu Malaysia dari Hak Pasti baru-baru ini. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kami memohon dipermudahkan urusan dalam menegakkan hak para pendidik PASTI yang dipand...