UMNO CADANG AGONG TEMU DUGA 222 AHLI PARLIMEN SEKALI LAGI
Annuar Musa, Setiausaha Agung UMNO SETIAUSAHA Agung Umno mencadangkan agar Yang di-Pertuan Agong mengadakan temu duga kali kedua untuk menentukan perdana menteri baru untuk negara ini. Menggunakan ciapan di Twitter, Annuar Musa berkata, langkah itu boleh dibuat selepas sesi pertama pada Selasa dan Rabu lalu gagal menemukan calon yang mendapat sokongan jelas daripada ahli parlimen. Bagaimanapun Annuar berpendapat pilihan terbaik ialah membubarkan parlimen untuk membolehkan pilihan raya umum dilakukan. Annuar dipercayai membuat cadangan demikian kerana tiada keseragaman di kalangan ahli-ahli parlimen UMNO dan parti-parti politik yang bersekutu dengannya ketika memilih calon perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong kelmarin dan hari sebelumnya. Yang di-Pertuan Agong Jika Yang di-Pertuan Agong berkenan melakukannya sekali lagi, mereka kini mungkin lebih sekata dan bersedia dalam menentukan calon perdana menteri pilihan mereka. oleh ...