CADANGAN AGONG SENDIRI JADI PERDANA MENTERI INTERIM
![]() |
| Yang di-Pertuan Agong ...boleh jadi perdana menteri interim? |
RAKYAT Malaysia sedang menanti keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkaitan kemelut politik Malaysia berikutan rebahnya gabungan Pakatan Harapan.
Semalam, dalam ucapan sulung kepada rakyat sebagai Perdana Menteri Interim, Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bercadang membentuk kerajaan perpaduan di mana beliau tidak terikat kepada mana-mana parti politik dan melakukannya atas dasar kepentingan negara.
Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan itu akan melibatkan semua parti politik dan Dr Mahathir memberi jaminan beliau tidak akan memihak kepada mana-mana kepentingan politik, selain segalanya atas kepentingan negara dan rakyat jelata.
Mahathir juga membayangkan sejumlah tertentu golongan teknokrat yang tidak mewakili parti politik akan menyertai jemaah menteri.
Ianya secara kasar dilihat sangat cantik namun ianya boleh membawa implikasi lain, termasuk redundancy peranan politik bertunjangkan demokrasi. Sedangkan amalan politik yang demokratik mewakili aspirasi rakyat terbanyak.
Apa jaminan Dr Mahathir Mohamad boleh menggalas tugas ini dengan baik dan jujur memandangkan dirinya sendiri adalah politician?
Ini kerana sepanjang hampir dua tahun menjadi perdana menteri ketujuh, beliau kelihatan lebih banyak berpolitik dari berkhidmat.
Sistem demokrasi adalah mengujudkan pemimpin-pemimpin yang diberi mandat oleh rakyat.
![]() |
| Yeo Bee Yin, bekas menteri dari DAP |
Semalam, seorang bekas menteri dari DAP menyuarakan kebimbangan jika pentadbiran berkonsepkan unity government plus technocrats ini dibenarkan perlaksanaannya. Menurut Yeo Bee Yin, ianya seolah-olah memberi cek kosong kepada Dr Mahathir untuk melakukan apa sahaja yang dia suka atas tiket kepentingan negara dan rakyat di bawah tema Up To Me.
Sebab Dr Mahathir sendiri adalah seorang ahli politik.
Dan jika benar-benar kita mahu pentadbiran kerajaan bersifat non-political, biarlah non-politician yang menerajuinya.
Orang yang paling sesuai ialah Yang di-Pertuan Agong sendiri. Apatah lagi jika Agong itu memperlihatkan personaliti matang, sejahtera dan ada wibawa. Syarat wajib juga baginda tidak memihak dan tidak berkepentingan.
Dari sudut teknikal pula, cadangan ini jika dilaksana mungkin menimbulkan implikasi undang-undang, serta percanggahan atau perlanggaran bahagian-bahagian tertentu dalam Perlembagaan Negara.
Sungguhpun demikian, ianya tidak membawa erti sifatnya tertutup dan tidak boleh diperhalusi dalam perbincangan-perbincangan lanjut di kalangan mereka yang arif.
oleh Fauzi Kadir
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpeliharahubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV





Comments
Post a Comment