UMNO DAN PAS PILIH MUHYIDDIN
![]() |
| Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS |
DALAM satu perkembangan pertukaran pendirian beramai-ramai, timbalan presiden PAS memberitahu Asia News Network bahawa semua ahli parlimen dari UMNO dan PAS menandatangani surat akuan bersumpah (SD) di hadapan Yang di-Pertuan Agong menyokong presiden PPBM Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-8.
Tuan Ibrahim Tuan Man juga berkata, pada mulanya mereka menandatangani SD menyokong Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, selepas Mahathir mengumumkan perletakan jawatan dan enggan menerima tawaran dan cadangan mereka, Muafakat Nasional beralih arah dengan memilih Muhyiddin.
Sungguhpun demikian, Tuan Ibrahim menambah, sekiranya keputusan majoriti tidak jelas, mereka mencadangkan Yang di-Pertuan Agong membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15.
Keputusan memilih Muhyiddin ini membawa implikasi Mahathir semakin kehilangan sokongan. Barisan Nasional (BN) mempunyai 41 kerusi parlimen dan PAS 18.

Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan ini sebagai mengulas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) susulan Langkah Sheraton anjuran Mohamed Azmin Ali, diikuti 11 ahli parlimen kumpulan Azmin meninggalkan PKR (Azmin dan Zuraida Kamaruddin dipecat). Memburukkan lagi keadaan, presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu dengan 26 kerusi parlimen keluar dari gabungan PH.
oleh Fauzi Kadir
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpeliharahubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments
Post a Comment