Terbaru—Najib sampai rumah, Anthony Loke tegaskan dia akan letak jawatan serta-merta
Pakatan Harapan goyang?
Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke Siew Fook (gambar, atas sekali) mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tiba di kediamannya untuk tahanan rumah.
Pengumuman itu dibuat pada sidang media di Kementerian Pengangkutan (MOT) di Putrajaya, hari ini, 6 November 2026, kata akhbar Bahasa Melayu, Harian Metro.
Loke yang merupakan Setiausaha Agung DAP, pada 29 September lalu berkata, beliau sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun diminta meneruskan tugas buat sementara waktu.
Keputusan itu dibuat selaras dengan pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan isu tahanan rumah Najib.
Hari ini, UMNO mengesahkan pembayaran denda RM50 juta yang dikenakan terhadap Najib sudah diselesaikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sekali gus membuka laluan kepada pelaksanaan tahanan rumah seperti diperuntukkan dalam pengampunan bersyarat berkenaan.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.







Comments
Post a Comment