Penulis terkenal persoal anak Zahid Hamidi memandai-mandai mengenai peraturan tahanan rumah Najib


Yang buat saya kebingungan ialah sejak bila Nurulhidayah menjadi jurucakap Kementerian Dalam Negeri khususnya Jabatan Penjara, atau jurucakap AG Chamber? Mungkin saya terlepas pandang atau tidak sedar akan pelantikan beliau.

Tiga hari lalu atau lebih tepat pada Rabu 11 November, seorang kawan menghantar kepada saya video berita New Straits Times mengenai penjelasan Exco Wanita UMNO Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi apabila menjawab pertanyaan pengguna Thread mengenai pelaksanaan tahanan di rumah bagi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan sama ada ahli keluarga dibenarkan tinggal di kediaman di Langgak Duta yang sudah diisytiharkan sebagai penjara.

Yang buat saya kebingungan ialah sejak bila Nurulhidayah menjadi jurucakap Kementerian Dalam Negeri khususnya Jabatan Penjara, atau jurucakap AG Chamber? Mungkin saya terlepas pandang atau tidak sedar akan pelantikan beliau.

Apa pun, Nurulhidayah menjelaskan bahawa ahli keluarga Najib dan individu lain dikatakan tidak dibenarkan tinggal bersama bekas perdana menteri itu, sepanjang tempoh Najib menjalani baki hukuman penjara. Berita Harian memetik beliau berkata urusan pembelian makanan secara dalam talian juga tidak dibenarkan kerana Najib tidak dibenarkan keluar daripada bangunan.

“Rumah itu pun diwarta sebagai penjara. Memang konsep penjara. Anak bini tidak ada dalam itu. Anak bini bukan tinggal sekali. DSR duduk Pavilion,” katanya.

‘DSR’ umum tahu merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib. Pavilion pula tentulah merujuk kepada Pavilion Kuala Lumpur yang merangkumi pusat membeli-belah, pejabat dan kediaman di Bukit Bintang.

Bagaimanapun, penerangan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution kepada Dewan Rakyat semalam menunjukkan Nurulhidayah tersasar.

Untuk berlaku adil, perlu dinyatakan Nurulhidayah got it right dalam bab memesan makanan secara dalam talian, dan mengenai individu selain keluarga. Itu pun Saifuddin kata Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan menetapkan individu selain keluarga perlu mendapatkan kebenaran bertulis. Paling ketara Nurulhidayah got it wrong mengenai Rosmah dan ahli keluarga terdekat. Saya ulangi apa yang dinyatakan Saifuddin: isteri, anak, menantu dan cucu dibenarkan tinggal bersama bekas presiden UMNO itu.

Maka pertanyaan logik ialah daripada mana Nurulhidayah dapat maklumat mengatakan Rosmah akan tinggal di Pavilion?

Saya yakin pengguna Threads tanya Nurulhidayah kerana beliau ialah anak kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Tentulah orang yang bertanya akan percaya apa yang disampaikan Nurulhidayah memandangkan ayahnya seorang Timbalan Perdana Menteri. Mungkinkah beliau mendapat info daripada ayah? Tetapi takkan ayahnya dengan rela dan sedar beri info salah kepadanya? Atau si pemberi maklumat who ever that person might be tidak bercakap benar kepadanya?

Atau adakah apa yang dinyatakan Nurulhidayah ialah a figment of her imagination, atau disuarakan mengikut logik sendiri?

Nurulhidayah mengakhiri penjelasan kepada orang yang bertanya dengan berkata: “Terima kasih tanya sebab nak tahu. Letih baca fitnah dari orang yang terpaling tahu semua.”

Tetapi apa fitnahnya? Mana fitnahnya? Mungkin ‘orang yang terpaling tahu semua’ itu memang benar tahu.


Adaptasi dari sebuah tulisan kolumnis FMT  Mohsin Abdullah, tulisan asal disiarkan portal berkenaan hari ini, Jumaat 13 November 2026.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country