Masih percaya kepada UMNO?

Secara paling berlapik dan sopan, para penganalisis telah menggambarkan UMNO sebagai sebuah parti berimej rasuah, tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dipercayai

Beberapa hari yang lepas, portal berita FMT telah menemubual beberapa orang penganalisis politik tempatan untuk mendapatkanpandamgan mereka berkaitan isu serius duit kerajaan sudah bayar berbilion ringgit. Malangnya, kapal perang yang ditempah satupun belum siap selama beryahu -tahun.

Tanpa segan silu UMNO langsung tidak merasa bersalah apa lagi menunjukkan komitmen yang serius kepada rakyat.

Secara paling berlapik dan sopan, para penganalisis telah menggambarkan UMNO sebagai sebuah parti berimej rasuah, tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dipercayai. 

Seorang penganalisis berkata UMNO perlu membuktikan kesungguhannya dalam soal akauntabiliti dengan meminta bekas menteri pertahanan daripada parti itu tampil menjelaskan keputusan serta pemantauan mereka terhadap projek kapal tempur pesisir (LCS).

Encik Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri daripada Global Asia Consulting berkata parti itu juga wajar menyokong penilaian bebas terhadap keputusan kementerian, perubahan kontrak dan langkah pembetulan yang diambil, selain meneliti tanggungjawab kontraktor.

“Akauntabiliti bukan bermaksud menganggap semua pihak bersalah. Ia bermaksud menuntut penjelasan,” katanya.

Beliau berkata mengenakan penalti kontrak terhadap pembina kapal semata-mata tidak akan menjawab persoalan mengenai keputusan yang dibuat dalam Kementerian Pertahanan.

“Jika kontraktor bertanggungjawab terhadap kelewatan, kenakan penalti yang sewajarnya mengikut kontrak.

“Tetapi jika keputusan kementerian turut menyumbang kepada kelewatan itu, siapa pula yang akan mempertanggungjawabkan pihak yang membuat keputusan?” soalnya.

Sejak 2009, portfolio pertahanan pernah diterajui lima pemimpin UMNO, iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pertahanan ketika ini, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Tidak semua menteri membuat keputusan yang sama dan tanggungjawab perlu dinilai berdasarkan tempoh masing-masing memegang jawatan,” kata Zaharuddin.

Menurutnya, rekod UMNO dalam kerajaan turut membawa tanggungjawab untuk menjelaskan kelemahan dalam pemantauan serta tindakan yang diambil menteri parti itu apabila masalah mula timbul.

Projek itu pada asalnya membabitkan pembinaan enam kapal dengan kos RM9.128 bilion, tetapi kemudian disemak kepada lima kapal dengan kos RM11.227 bilion.

Kapal pertama yang sepatutnya diserahkan pada 2019 kini disasarkan untuk penyerahan fizikal pada April 2027.

Pada 26 Oktober, Khaled mengakui ada kelewatan dalam memuktamadkan beberapa kontrak serta perubahan yang diminta Kementerian Pertahanan, namun berkata pembina kapal itu juga ketinggalan daripada jadual pembinaan.

Beliau berkata notis tuntutan ganti rugi sudah dikeluarkan kepada Lumut Naval Shipyard (Lunas), yang akan diberi peluang menjelaskan punca kelewatan.

Ganti rugi akan dikenakan jika penjelasan syarikat itu didapati tidak memuaskan.

Dalam kenyataannya pada 19 Oktober, Lunas merujuk kepada beberapa kontrak sokongan yang dikendalikan secara langsung Kementerian Pertahanan serta sekatan eksport peluru berpandu oleh Norway.

Syarikat itu berkata tanggungjawab terhadap kelewatan perlu ditentukan melalui proses yang ditetapkan dalam kontrak.

Penganalisis pertahanan Encik Zaki Salleh pula menggesa UMNO mengakui kelemahan pemantauan pada masa lalu dan mendapatkan penjelasan daripada bekas menteri pertahanan mengenai asas keputusan yang dibuat.

Katanya, parti itu boleh menunjukkan akauntabiliti melalui beberapa langkah praktikal.

“Antaranya memberikan penjelasan secara terbuka, menyokong penelitian bebas dan melaksanakan pembaharuan dasar,” katanya.

Zaki turut menggesa UMNO menyokong siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan penelitian Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), tanpa menolaknya sebagai serangan politik.

Bagaimanapun, katanya, penilaian yang adil juga perlu mengambil kira kelemahan tadbir urus korporat dan pengurusan kontrak, selain perkembangan luar yang berada di luar kawalan parti politik tempatan.

Penganalisis keselamatan Encik Mizan Aslam daripada Global Peace Institute of London turut berkata UMNO perlu bertanggungjawab menjelaskan bagaimana projek LCS boleh berdepan masalah.

“Saya mahu tahu mengapa perkara ini berlaku dan ke mana wang itu dibelanjakan,” katanya.

Mizan berkata, menyiapkan kapal berkenaan sahaja tidak akan menjawab persoalan mengenai masa, wang dan sumber yang telah hilang, serta siapa yang sepatutnya dipertanggungjawabkan.

Beliau mengingatkan supaya UMNO tidak dipersalahkan secara menyeluruh, namun berkata parti itu boleh berbuat lebih banyak untuk memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan.

Katanya, langkah sedemikian juga boleh membantu UMNO membina semula kepercayaan rakyat.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country