Ismail Sabri sepatutnya cermin dirinya sendiri terlebih dahulu
Sebarang alasan untuk menarik balik peletakan jawatan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook sebagai menteri akan menunjukkan ia sekadar sandiwara, kata Ismail Sabri Yaakob.
Bekas naib presiden Umno itu mengingatkan bahawa bukan sekali pemimpin DAP itu bercakap tentang peletakan jawatan beliau.
“Bukan Umno yang paksa. Dia nak tarik diri daripada kerajaan. Dua kali pengumuman dia buat. Jadi sebagai orang bermaruah, sepatutnya dia teruskanlah apa tindakan dia,” katanya ketika ditemui pemberita semasa berkempen untuk calon Barisan Nasional di DUN Ayer Molek.
Semalam, Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan, mengumumkan beliau mahu berunding semula dengan Loke berhubung peletakan jawatan sebagai menteri pengangkutan.
Pada Selasa, Loke mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta semalam susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Najib Razak menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah.
Setiausaha agung DAP itu sebelum ini mengumumkan hasrat meletak jawatan selepas pengampunan bersyarat diberikan kepada Najib, namun bersetuju meneruskan tugas buat sementara atas permintaan Anwar.
“Kalau dia (Loke) masih lagi selepas ini kata ‘perdana menteri tak bagi’ dan sebagainya, nampak sangatlah sandiwara dia,” kata Ismail.
AAA
AAA
Comments
Post a Comment