Ismail Lasim memang unik—BN umum dia letak jawatan, tapi dia masih Menteri Besar Negeri Sembilan

Portal berita Malaysiakini melaporkan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim masih meneruskan tugasnya di sebalik kontroversi berhubung sepucuk surat peletakan jawatan yang dihantar ke Istana Hinggap, Seremban.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Encik Mohd Fasha Musthafa, ketika dilaporkan dihubungi portal berkenaan tengah hari tadi.

"Setakat ini YAB Dato Ismail Lasim menjalankan tugas sebagai Menteri Besar macam biasa.

"Ada perjumpaan dan mesyuarat mengikut jadual yang ditetapkan," kata pegawai itu menerusi mesej teks.

Menurut Malaysiakini, portal itu menghubungi Fasha bagi mendapatkan pengesahan berhubung laporan media yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, telah menitahkan Ismail supaya kekal menjalankan tugasnya ketika menghadap baginda semalam.

Bagaimanapun, Fasha enggan mengulas mengenai peletakan jawatan yang didakwa itu atau titah diraja berkenaan, dengan menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai maklumat mengenainya.

Terdahulu, dalam satu hantaran di media sosial, Menteri Besar itu memaklumkan dia menghadiri perjumpaan bersama pegawai kanan kerajaan negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS), di Seremban, hari ini.

Ismail berkata perjumpaan itu diadakan bersama Setiausaha Bahagian (SUB) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia baharu, Encik Akhmal Abu Basar yang menggantikan Encik Zairil Azwan Zulmuji yang berpindah ke Kementerian Pendidikan.

“Selamat menjalankan amanah kepada Akhmal. Semoga dapat memperkukuh pengurusan sumber manusia dan kecemerlangan perkhidmatan awam negeri.

“Terima kasih juga kepada Zairil Azwan atas perkhidmatan serta selamat maju jaya di tempat baharu,” katanya.

Sementara itu, seorang individu yang rapat dengan Menteri Besar memberi gambaran bahawa laporan media mengenai Tuanku Muhriz yang meminta Ismail meneruskan tugasnya adalah benar.

Bagaimanapun, pemberi maklumat misteri itu enggan mengulas lanjut.

Lewat petang Isnin lalu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, mengeluarkan kenyataan mengumumkan peletakan jawatan Ismail.

Menurut Zambry, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menerima salinan surat peletakan jawatan Menteri Besar itu yang bertarikh 16 November dan ditujukan kepada Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Bagaimanapun, media tempatan semalam melaporkan di sebalik pengumuman bahawa Ismail, 67, sudah melepaskan jawatannya, ada sumber lain mendakwa ADUN Juasseh itu sebenarnya tidak berbuat demikian.

Malah, dakwa sumber terbabit, Ismail tidak menyerahkan sebarang surat kepada pihak istana.

Semalam, agensi berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan menyebut Menteri Besar itu menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Hinggap di Seremban. Sesi menghadap bermula kira-kira 5 petang dan berakhir pada 6.30 petang.

Istana Negeri Sembilan sebelum ini memaklumkan peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Tuanku Muhriz selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS).

Ismail mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2 Ogos lalu selepas, BN memenangi 18 kerusi DUN manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Ini sekali gus membolehkan dua gabungan itu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country