Ini kes makin dipujuk makin merajuk
![]() |
| Anthony ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Negeri Pulau Pinang 2026 di Air Itam, George Town hari ini, Ahad 29 November 2026. |
Setiausaha Agung DAP, Encik Anthony Loke Siew Fook enggan mengulas lanjut berhubung gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyambung tugas sebagai Menteri Pengangkutan, lapor media tempatan.
“Hari ini, fokus saya hanya kepada Pulau Pinang. Terima kasih,” katanya sambil tersenyum ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Negeri Pulau Pinang 2026 di Air Itam, di George Town, hari ini, seperti dipetik akhbar Bahasa Melayu Kosmo! hari ini.
Semalam, Anwar memaklumkan beliau sukar menerima hasrat Anthony bagi meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan walaupun mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.
Sebaliknya, beliau meminta Ahli Parlimen Seremban itu yang sedang bercuti supaya menyambung tugas sebagai menteri secepat mungkin.
Pada 6 November lalu, Anthony mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tiba di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur untuk menjalani tahanan rumah.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu mendapat pengampunan bersyarat menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, sekiranya membayar denda sebanyak RM50 juta.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.





Comments
Post a Comment