Hanya Dajal bila PAS tidak berada dalam kerajaan

PAS bukan pihak berkuasa agama Islam di Malaysia

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Encik Kamil Munim mempersoalkan tindakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengaitkan perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) dengan pendekatan Dajal.

Kamil berkata, PAS sendiri pernah menerima persefahaman politik yang mempunyai elemen serupa ketika menjadi sebahagian daripada kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, pada 13 September 2021, satu Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik ditandatangani antara kerajaan ketika itu dengan Pakatan Harapan (PH).

“Walaupun dinamakan MoU, persefahaman tersebut turut mengandungi elemen confidence and supply bagi menjamin kestabilan kerajaan dan kelulusan Belanjawan.

“Ketika PAS berada dalam kerajaan, persefahaman sedemikian dianggap perlu demi kestabilan negara. Tidak pula kedengaran istilah Dajal digunakan.

“Tetapi apabila PAS berada di luar kerajaan, mekanisme politik yang serupa tiba-tiba dikaitkan dengan Dajal.

“Apakah ini suatu kaedah baru dalam politik PAS? Halal bagi kami, haram bagi kamu?

“Atau hukum politik ini mempunyai pengecualian khas untuk rakan sekutu?” portal berita Malaysiakini memetik Kamil sebagai berkata dalam satu kenyataan.

Kelmarin, Abdul Hadi berkata perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) yang dimeterai kerajaan dengan 13 ahli parlimen pembangkang sebagai 'pendekatan daja'l kerana dianggap mengkhianati amanah.

Ahli politik berusia 79 tahun itu berkata, Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan bahawa menjelang kiamat akan muncul "beberapa dajal kecil" di seluruh dunia sebelum Dajal besar hadir.

"Kemunculan confidence and supply agreement (CSA) atau dalam bahasa Melayu (disebut) sebagai perjanjian keyakinan dan perbekalan ialah satu bentuk persetujuan politik di parlimen.

"Melalui persetujuan ini, blok pembangkang atau ahli parlimen bebas bersetuju untuk memberikan sokongan bersyarat kepada pihak kerajaan.

"CSA adalah pendekatan Dajal pada akhir zaman yang menjadikan kuasa bukan lagi suatu amanah yang wajib ditunaikan kepada semua, tetapi memaksa untuk terus berkuasa," katanya.

Mengulas lanjut, Kamil yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, perbezaan pandangan mengenai CSA, termasuk syarat dan pelaksanaannya, adalah perkara yang boleh dibincangkan.

Bagaimanapun, katanya, istilah agama tidak sepatutnya digunakan untuk menghukum sesuatu mekanisme politik yang pernah diterima PAS ketika berada dalam kerajaan.

“Kita boleh berbeza pandangan tentang CSA, malah boleh mempertikaikan syarat dan pelaksanaannya. Tetapi janganlah sampai istilah agama digunakan untuk menghukum sesuatu yang dahulunya diterima ketika berada dalam kerajaan.

“Yang berubah ialah kedudukan politik. Jangan sampai neraca halal dan haram pun turut berubah mengikut kedudukan kerusi.

“Agama mengajar kita berlaku adil dan berpegang pada prinsip, bukan menyediakan dua ukuran berbeza mengikut siapa yang sedang berkuasa,” katanya.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country