Falsafah Hadi terus tarik perhatian


Menjelang tidak sampai 48 jam sebelum orang Melaka mengundi bagi menentukan kerajaan baru di negeri itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang tampil memberi peringatan daripada PAS tentang pentingnya umat Islam menunaikan kewajipan mengundi.

Berucap di pentas Grand Finale BN dan PN, portal berita Malaysiakini melaporkan Presiden PAS itu menegaskan bahawa dalam Islam, perkiraan politik dibuat berlandaskan faktor dosa dan pahala berbanding orang bukan Islam yang didakwanya “zalim”.

Katanya, kesan daripada orang Islam tidak keluar mengundi ialah “orang lain” yang akan jadi pemerintah dan didakwanya bakal bertindak mengikut perkiraan mereka semata-mata serta mengabaikan amanah yang diwajibkan Allah.

"Sebab itu orang Islam mesti tunaikan kewajipan ini (keluar mengundi) untuk memimpin seluruh manusia.

"Sejahat-jahat orang Islam, seburuk-buruk orang Islam memerintah negara, mereka tidak sezalim orang bukan Islam," jelasnya di hadapan lebih 1,000 penyokong PN dan BN di Bukit Katil, Melaka, malam tadi.

Sementara itu Setiausaha Politik Abdul Hadi, Encik Syahir Sulaiman, memberitahu portal berkenaan, kenyataan dibuat ahli politik terbabit sebenarnya dibuat dengan merujuk kepada apa yang berlaku dalam sejarah pemerintahan Islam.

Ahli Parlimen Marang, Terengganu dan PAS itu turut menyorot sejarah termasuk kedatangan Islam di Melaka sebelum negeri itu dijajah pada 1511 serta bagaimana agama itu tidak terhapus di negara ini walaupun dijajah ratusan tahun.

Acara kemuncak kempen PRN Melaka itu mempamerkan keserasian dan perpaduan kukuh PN dan BN dan seolah-olah sejarah persengketaan lama mereka – khususnya di antara UMNO dan PAS – sudah dilupakan sama sekali.

Acara yang dianjurkan oleh PN itu didahului dengan ucapan barisan pemimpin parti komponen PN dan BN.

Antaranya Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden Wawasan Datuk Seri Hamzah Zainudin; Presiden Gerakan, Encik Dominic Lau; ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan; Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Untuk rekod, Abdul Hadi tidak mempunya sebarang jawatan rasmi dalam PN.

Sementara itu Tuan Ibrahim tampil membidas tindakan PH yang didakwanya menyerang PAS seolah-olah merestui rasuah dalam kes pengampunan bersyarat diberikan kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Menurut Tuan Ibrahim, langkah PH itu menujukkan gabungan terbabit tiada isu bagi meyakinkan penngundi di Melaka, justeru PAS dikaitkan dengan keringanan hukuman yang diberikan kepada Najib sehingga bekas perdana menteri itu boleh berada di rumah bagi menghabiskan tempoh hukuman penjara.

Kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, dalam keadaan apa pun PAS tetap berprinsip dan ia didukung secara bersama oleh PN dan BN.

"Lembaga pengampunan sudah buat keputusan dan sepatutnya kita sokong,” katanya merujuk kepada Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang memutuskan Najib diizin untuk meninggalkan Penjara Kajang dan ditahan di rumah sendiri di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Tuan Ibrahim turut menggunakan ruang ceramah itu untuk mengecam DAP serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, terkait kesan daripada kelonggaran yang diberikan kepada Najib.

“Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP) letak jawatan (menteri), hari ini perdana menteri kata dia tak terima lagi surat peletakan jawatan (Loke).

" Barang kali ini opera Cina yang cuba mengelirukan (rakyat), sebab itu kita cabar kalau betul prinsip (itu) DAP, kita cabar semua ahli parlimen DAP letak jawatan," katanya lagi.

Terdahulu Loke mengotakan janjinya untuk meletakkan jawatan menteri pengangkutan susulan pemindahan Najib yang kembali menjejakkan kaki di rumahnya pada Selasa lalu.

Untuk rekod surat peletakan jawatan Loke sudah diserahkan kepada Anwar. Persoalan sekarang ialah sama ada Anwar menerima peletakan jawatan tersebut atau sebaliknya.

Anwar malah menegaskan bahawa dia terbuka untuk berbincang dengan Loke berhubung peletakan jawatan itu. Pada masa sama Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban bertegas bahawa keputusan itu adalah muktamad.

Lau pula antara lain tampil menyeru penyokong BN dan PN supaya memberi undi kepada calon tunggal Gerakan yang bertanding di DUN Ayer Keroh.

Walaupun dengan kehadiran lebih 90 peratus penyokong Melayu, Lau mengambil kesempatan berucap dalam bahasa Cina dan disambut dengan bersemangat mereka yang hadir.

Gerakan mempertaruhkan Encik Michael Gan Peng Lam dalam usaha merampas kerusi Ayer Keroh yang dipertahankan penyandangnya, Kerk Chee Yee (DAP). Dua lagi calon yang bersaing di situ ialah Muhammad Muhaimin Lau Abdullah (Bersama) dan Mohd Hamnaim Mohamad (Bersatu).

Dalam penentuan esok, BN bertanding di 23 kerusi, manakala PN bertanding di lima kerusi lain.

PH pula meletakkan calon di 24 kerusi dan Bersama – yang juga parti serpihan PKR – bertanding di 16 kerusi.

Bersatu yang sudah dipinggirkan PN pula bertanding di tujuh kerusi, manakala sekutunya Putra membuat percubaan tunggal di DUN Gadek.

Sementara itu turut mencuri tumpuan dalam ceramah malam tadi ialah Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian. Seperti selalu dia tampil bersahaja dan menyampaikan pantun sekali gus disusuli tepukan dan sorakan penyokong.

Dua rangkap pantung disampaikan Ahmad ialah:

Jika tuan pergi memancing, Jangan lupa membawa umpan; Jika tak mahu kena kencing, Jangan sokong Pakatan Harapan.

Jika tuan pergi memancing, Jangan lupa membawa umpan; Jika tak mahu kena kencing, Undi Barisan (BN) dan Perikatan (PN).

Timbalan Menteri Kerja Raya itu turut meminta penyokong supaya menyambut kata-katanya yang meniru laungan yang dipopularkan PH di era pembangkang dahulu: "Hidup, hidup! Hidup BN!” dan “Hidup, hidup! Hidup PN!” serta “Hidup, hidup! Hidup rakyat!"

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country