Dua himpunan serentak di Sogo, Kamdar — Demo Daulat Tuanku dan Demo Anti-Najib

Hari ini, para peserta dua demonstrasi Himpunan Rakyat Benci Rasuah 3.0 dan Himpunan Daulat Tuanku berbalas laungan serta ejekan ketika bersemuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, lapor portal berita Malaysiakini.

Himpunan antirasuah anjuran gabungan mahasiswa dan anak muda itu antara lain membantah pelaksanaan tahanan rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Himpunan balas Daulat Tuanku pula dianjurkan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), yang sebelum ini mengkritik jurucakap gerakan antirasuah itu, Encik Brendon Gan, berhubung kenyataannya mengenai pengampunan diraja Najib.

Susulan sidang media Gan minggu lalu, Pekida menuduhnya tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong kerana mempersoalkan pelaksanaan tahanan rumah Najib, dengan alasan keputusan itu dibuat melalui proses pengampunan diraja.

Bagaimanapun, Gan hari ini menegaskan gabungan itu tidak mencabar kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk mengurniakan pengampunan.

Sebaliknya, katanya, mereka mempersoalkan prosedur undang-undang berhubung pelaksanaan tahanan rumah Najib.

“Ini nasihat untuk mereka semua.

“Balik rumah baca buku.

“Kenyataan itu satu fakta undang-undang.

“Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak berdasarkan kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sekitar jam 2.30 petang, kira-kira 70 peserta Himpunan Rakyat Benci Rasuah berkumpul di hadapan pusat beli-belah Sogo, manakala kira-kira 70 peserta Himpunan Daulat Tuanku berhimpun di hadapan Kamdar di jalan sama.

Peserta himpunan antirasuah kemudian mula berarak di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman sambil melaungkan “Hidup rakyat” dan “Tolak rasuah”.

Disekat sebelum sampai ke Dataran Merdeka

Apabila kedua-dua kumpulan semakin hampir, mereka berbalas laungan dan ejekan, dengan peserta Himpunan Daulat Tuanku melaungkan “Pengkhianat” ke arah peserta himpunan antirasuah.

Kira-kira 30 anggota polis, termasuk anggota antirusuhan dan polis berpakaian awam, ditempatkan berhampiran himpunan antirasuah, manakala kira-kira 40 anggota polis antirusuhan berada berhampiran himpunan balas.

Walaupun hujan semakin lebat, peserta himpunan antirasuah meneruskan perarakan sambil memalu gendang dan menyanyikan lagu bantahan.

Polis kemudian menyekat perarakan itu di satu persimpangan berhampiran Dataran Merdeka.

Peserta tidak dapat memasuki dataran itu yang sedang digunakan untuk satu acara.

Mereka kemudian berhimpun di persimpangan berkenaan, tempat Gan menyampaikan ucapan dan menjelaskan tuntutan gabungan itu.

Tuntut tahanan rumah Najib digantung

Antara tuntutan gabungan itu termasuk penggantungan serta-merta pelaksanaan tahanan rumah Najib sementara menunggu keputusan cabaran mahkamah, penetapan garis masa yang jelas bagi pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, penggubalan undang-undang pendanaan politik serta pembukaan semula kes rasuah terdahulu.

Gan memberi amaran pelaksanaan tahanan rumah Najib sebelum mahkamah memutuskan kesahihannya dari segi Perlembagaan boleh menjadi contoh berbahaya bagi kes lain pada masa depan.

“Andai kata kalau ada Najib 2.0.

"Adakah kita akan duduk diam dan menyaksikan mereka masuk ke rumah?” soalnya.

Gan turut menggesa kes rasuah membabitkan beberapa individu dibuka dan disiasat semula, termasuk kes Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid sebelum ini dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi pada 4 September 2023.

Pada 8 Januari 2026, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengumumkan tiada tindakan lanjut (NFA) akan diambil terhadap kes itu kerana keterangan yang ada tidak mencukupi untuk meneruskan pendakwaan.

Gan berkata banyak tuntutan gabungan itu sejak himpunan pertama pada Januari tahun lalu masih belum dipenuhi, walaupun mereka kini sudah mengadakan demonstrasi kali ketiga.

“Jangka hayat kerajaan Madani ini dah nyawa ikan-ikan.

“Tidak lama lagi, Parlimen akan dibubarkan.

“Kita menuju pilihan raya umum ke-16.

“Jadi, kita tetap dengan tuntutan kita,” kata Gan.

Himpunan pertama pada 25 Januari 2025 menuntut tindakan segera terhadap ahli politik yang terlibat dalam kes rasuah, siasatan telus terhadap semua dakwaan rasuah serta komitmen pemimpin politik untuk membanteras rasuah.

Himpunan kedua pada 28 Jun 2025 pula turut menyaksikan ketegangan antara polis dengan peserta.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country