BN belum merancang kerjasama dengan PN untuk PRU16 setakat ini

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor media sebagai berkata BN belum merancang untuk membentuk kerjasama atau persefahaman politik dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ahmad Zahid bagaimanapun, berkata BN akan mengadakan perbincangan dengan PN apabila tiba masanya, selepas formula kerjasama politik antara kedua-dua gabungan itu terbukti membawa kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan Melaka.

"Apa yang kita lalui, khususnya untuk (PRN) Negeri Sembilan dan Melaka adalah tafahum siyasi atau kesefahaman politik.

"Kita belum pernah merancang untuk ke arah yang lebih jauh lagi tetapi jika tiba masanya dan keadaan memerlukan, kita akan duduk bersama-sama," kata Zahid, Malaysiakini memetik laporan Berita Harian ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) di Brickfields, hari ini.

Semalam BN dan PN memenangi 24 daripada 28 kerusi pada PRN Negeri Melaka, sekali gus berjaya membentuk majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri.

Kedua-dua gabungan itu sebelum ini turut berjaya membentuk majoriti dua pertiga pada PRN Negeri Sembilan apabila memenangi 25 daripada 36 kerusi DUN.

Terdahulu, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya 'penyandang' diberi keutamaan dalam sebarang rundingan pembahagian kerusi antara BN dan PN bagi menghadapi PRU16.

Ditanya sama ada dia akan memohon pembubaran Parlimen sekali lagi bagi memberi laluan kepada PRU16, Ahmad Zahid, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hak dan mandat untuk melakukannya.

BN tidak bertanding di Sarawak

Sementara itu, portal yang sama melaporkan Ahmad Zahid berkata BN tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 bulan depan.

Katanya, keputusan itu selaras dengan persefahaman antara UMNO dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

"BN tidak ada niat untuk bertanding di mana-mana kerusi DUN di Sarawak kerana inilah persefahaman antara UMNO dan PBB.

"UMNO dan BN tidak pernah berhasrat untuk meletakkan mana-mana calon dalam PRN di Sarawak," katanya.

Terdahulu, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Premier Sarawak, Abang Johari Abang Openg berkata, senarai 82 calon gabungan itu akan diumumkan pada 25 November.

Menurut laporan, senarai berkenaan merangkumi calon daripada keempat-empat parti komponen GPS iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country