Berita ini satu lagi bukti UMNO parti tak tahu malu, tak sedar diri

Menang 26 kerusi cakap macam ada 100 kerusi dalam Parlimen, siapa sebenarnya kacang lupakan kulit?

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Encik Razlan Rafii mencadangkan pembubaran parlimen sekiranya PH, terutama DAP, tidak lagi boleh menerima kepimpinan BN, portal berita Malaysiakini melaporkan semalam.

Beliau yang juga setiausaha politik kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemimpin PH sebagai "kacang lupakan kulit" kerana didakwanya tidak mengenang budi BN dalam pembentukan kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum lalu.

"Eloklah dibubarkan sahaja sekiranya PH terutama DAP tidak lagi boleh menerima kepimpinan BN," tegasnya dalam satu kenyataan semalam.

Razlan mengeluarkan kenyataan itu semalam sebagai maklum balas terhadap wawancara Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dalam audio siar Explain Sikit, Kini! terbitan KiniTV yang disiarkan pagi semalam.

Dalam wawancara itu, Mohamad mencadangkan BN keluar daripada kerajaan sekarang tanpa menunggu pilihan raya umum sekiranya gabungan berkenaan tidak lagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohamad turut mengaitkan keretakan hubungan kedua-dua gabungan dengan kritikan pemimpin BN terhadap Putrajaya berhubung isu pajakan tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) serta desakan pengampunan diraja buat bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Dalam pada itu, Razlan berkata kerajaan masih mempunyai majoriti mudah jika sokongan 30 ahli parlimen BN diketepikan namun mendakwa PH melupakan peranan gabungan itu dalam pembentukan kerajaan Madani.

"Ya, ia benar apabila perkiraan tolak 30 (kerusi BN) masih ada majoriti mudah.

"Benar dari sudut jumlah, tapi dari sudut pepatah Melayu ia ibarat kacang lupakan kulit. Setelah habis madu sepah dibuang, itulah PH yang sengaja melupakan asal penubuhan kerajaan perpaduan ini," katanya.

Razlan turut mendakwa PH melupakan persetujuan asal kerjasama kedua-dua gabungan dalam pembentukan kerajaan pada November 2022.

Pada PRU15, PH bersama sekutunya memenangi 82 kerusi parlimen manakala BN memperoleh 30 kerusi. Kerajaan perpaduan turut mendapat sokongan gabungan serta parti lain.

Menurut Razlan, pemimpin PH memperoleh jawatan menteri, pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kedudukan dalam pentadbiran hasil sokongan BN.

"Justeru itu, saya nasihatkan pemimpin PH untuk melihat cermin.

“Anda mendapat jawatan menteri, pengerusi GLC dan kedudukan dalam kerajaan, ia bukan daripada mandat rakyat, ia berkongsi ihsan daripada mandat rakyat yang diberikan kepada BN," katanya lagi.

Razlan turut mempertikaikan mandat langsung kerajaan semasa dan menyifatkan tempoh empat tahun sebagai sudah matang untuk pembubaran parlimen.

Pentadbiran Anwar akan genap empat tahun pada 24 November ini, berdasarkan tarikh dia mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 24 November 2022.

Hubungan PH dan BN semakin tegang susulan beberapa perkembangan politik, termasuk keputusan BN tidak meneruskan kerjasama dengan PH pada PRN Johor serta pakatan BN dengan PN pada PRN Negeri Sembilan dan Melaka.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country