Bekas Peguam Negara meninggal dunia

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail meninggal dunia pada usia 71 tahun, malam tadi.

Berita pemergian Allahyarham dikongsi peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menerusi hantaran di Facebook, malam tadi juga.

“Dengan penuh kedukacitaan saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tan Sri Abdul Gani Patail atas pemergian beliau ke rahmatullah.

“Allahyarham adalah seorang tokoh perundangan negara yang pernah berkhidmat sebagai Peguam Negara dan mencurahkan bakti yang besar kepada institusi perundangan serta pentadbiran keadilan negara.

“Pemergian beliau satu kehilangan kepada keluarga besar perundangan negara. Semoga segala jasa dan sumbangan Allahyarham menjadi amal jariah yang berpanjangan,” katanya.

Abdul Gani berkhidmat sebagai Peguam Negara dari 1 Januari 2002 hingga Julai 2015.

Beliau dilahirkan di Lahad Datu, Sabah dan merupakan graduan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Timbalan Pendakwa Raya sebelum memegang pelbagai jawatan kanan di Jabatan Peguam Negara serta mengetuai pasukan petugas khas bagi menyiasat 1MDB sebelum perkhidmatannya berakhir pada 2015.

Zainul Rijal turut mengimbau kenangan peribadi dan rasmi bersama Allahyarham.

“Allahyarham sangat menghormati undang-undang syariah.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya dan menempatkan roh beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya seperti dipetik Buletin TV3.

Bagaimanapun, laporan berita berkenaan tidak menyatakan punca kematian dan di mana Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

End©Permadu


Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country