Ahli Parlimen PAS Temerloh bikin JAKIM hampir terduduk

Media melaporkan seorang ahli parlimen PAS hari ini menuntut penjelasan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung peranannya dalam memastikan bekalan ayam halal untuk pengguna Islam terpelihara.

Ini susulan penemuan sebuah rumah sembelihan ayam di Puchong, yang membekalkan ayam mentah kepada kedai makan Muslim, yang didakwa menggunakan kaedah renjatan elektrik yang boleh menyebabkan haiwan itu mati sebelum disembelih mengikut kehendak syarak.

Puan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) berkata syarikat berkenaan telah beroperasi selama bertahun-tahun tanpa pensijilan halal, sambil mempersoalkan bagaimana kegiatan itu boleh terlepas daripada perhatian pihak berkuasa berkaitan.

"Siapa pemilik syarikat ini? Kenapa sebelum ini tiada tindakan diambil?


"Ini bukan sekadar soal penguatkuasaan atau kebersihan makanan, tetapi sudah menyentuh hak umat Islam untuk mendapatkan makanan yang benar-benar halal dan menepati kehendak syarak," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di peringkat jawatankuasa hari ini.

Menurut laporan media, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah premis yang beroperasi sebagai rumah sembelihan ayam di Puchong dua hari lalu dan mendapati pengusahanya menggunakan kaedah yang dikenali sebagai 'water bath stunning' dalam proses penyembelihan.

Kaedah itu menimbulkan syak bahawa ayam berkenaan mungkin telah mati sebelum melalui proses penyembelihan mengikut hukum syarak, sekali gus berpotensi menjadikannya haram untuk dimakan umat Islam.

JAIS turut dilaporkan merampas lebih 6.5 tan metrik ayam mentah bernilai RM85,400 daripada pengusaha berkenaan.

Dalam ucapannya, Salamiah turut mendesak Jakim menjelaskan langkah susulan yang akan diambil bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

"Pertama, apakah tindakan Jakim terhadap premis yang didapati melakukan penyembelihan ayam tidak mengikut syarak termasuk pembatalan atau penggantungan sijil halal sekiranya berlaku pelanggaran?

"Bagaimanakah Jakim memastikan ayam yang telah diedarkan ke restoran, pasar raya di sekitar termasuk ke kedai-kedai makan dan sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur dapat dikesan serta ditarik balik jika terbukti tidak halal?

"Adakah kerajaan bercadang mengetatkan pemantauan rumah sembelihan dengan mewajibkan kehadiran penyelia halal dan pemeriksaan mengejut secara berkala?


"Saya tegaskan logo halal bukan sekadar simbol komersial tetapi amanah agama dan jaminan kepada pengguna Muslim," katanya di Dewan Rakyat, seperti dipetik portal berita Malaysiakini.

Secara berasingan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan menggesa pihak berkuasa meningkatkan pemeriksaan terhadap rumah sembelihan dan premis pemprosesan ternakan bagi memastikan operasi mereka mematuhi piawaian ditetapkan.Dia berkata tindakan tegas, termasuk pendakwaan, perlu diambil terhadap pihak yang didapati melanggar undang-undang.

"Serbuan sudah dilakukan dan apa yang sewajarnya diambil adalah tindakan tegas termasuk pendakwaan dan sebagainya supaya kita boleh mengambil tindakan berdasarkan undang-undang.

"Pengeluar sijil dan PBT perlu bekerja bersama. Pemeriksaan berkala harus dibuat supaya kita boleh memastikan operasi sensitif seperti pusat penyembelihan dapat beroperasi mengikut prosedur dan piawaian yang sepatutnya," katanya kepada media selepas menghadiri satu majlis.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country