Penguat kuasa tergolek, terkulai layu selepas dibelasah dua beranak

Gambar tular di media sosial memaparkan seorang anggota penguat kuasa susulan pergelutan dengan seorang individu ketika operasi menangkap anjing liar. (Gambar Facebook)

Polis membuka dua kertas siasatan terhadap dua beranak kerana disyaki mengasari anggota penguat kuasa ketika operasi menangkap anjing liar.

Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata individu berusia 52 tahun dan 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awan, dan Seksyen 353 kanun sama kerana menggunakan kekerasan jenayah.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 5.45 pagi, kelmarin. Dua beranak itu ditahan pada hari yang sama di rumah. Mereka direman dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan, lapor Berita Harian.

Menurut polis, semasa operasi dijalankan, dua beranak terbabit dipercayai mempertikai tindakan anggota Majlis Perbandaran Muar bagi menghalang tugas serta cuba melepaskan anjing yang ditangkap.

Katanya, tindakan itu mencetuskan pergelutan apabila seorang anggota penguat kuasa cuba meleraikan situasi terbabit.

“Akibat kejadian itu, anggota penguat kuasa berusia 45 tahun cedera di lengan kiri,” kata Raiz.


AAA 

AAA 


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

NIK NAZMI AND WIFE SPLIT AFTER 14 YEARS

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country