"Ujan weh di Temerloh"
Pada jam 5.38 petang tadi, sahabat saya Miramiri memberitahu cuaca, bahawa hujan lebat sedang berlaku di Bandar Ikan Patin Temerloh, Pahang. Temerloh juga cuba dipopularkan sebagai Titik Tengah Semenanjung Malaysia.
Seorang peniaga kedai makan di Temerloh suatu ketika dahulu pernah glamor dan mendapat perhatian ramai sekejap apabila menawarkan hidangan percuma nasi dan Ikan Patin masak tempoyak kepada sesiapa sahaja yang bernama Ismail. Tunjuk sahaja kad pengenalan sebagai bukti.
Ini bersempena Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berasal dari Temerloh dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.
Kata Miramiri: "Ujan weh di Temerloh"
Kemudian, 18 minit selepas itu, Rohaya dari Kajang, Selangor memberi respons: "Sini pon ujan tadi tapi rembeh-rembeh aje.."
Pada jam 6.08 petang, Maziana dari Raub pula sempat mencelah: "Tempat koi...gaye nok ujei tapi tak jadi...angin je kuat."
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment