Kalau Tak Salah Apa Nak Takut


 M E N I T I K  M A L AM 

"Orang berbangsa India bernama M Saravanan yang didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini atas tiga kesalahan menerima rasuah RM1.097 juta tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan," begitulah seorang penulis politik terkenal Malaysia memulakan tulisan beliau menerusi satu hantaran di Facebook kelmarin.

Kata penulis berkenaan, Encik Mohd Sayuti Omar (gambar Facebook, atas sekali), Datuk Seri M Saravanan menzahirkan rasa kesal dengan tuduhan itu, menganggap tuduhan itu sebagai liar dibuat orang yang sengaja mahu anianyanya.

"Saravanan juga dalam kenyatan medianya selepas pertuduhan nafikan yang dia minta Perdana Menteri menolongnya melalui sepucuk surat, sebaliknya surat yang dihantar itu hanya mahu kesnya disiasat secara telus dan mahu keadilan diberikan kepadanya. Dia bukan minta tolong kepada PM pun.

"Dia menulis surat kepada perdana menteri menceritakan apa yang berlaku. Apabila PM kata surat itu tidak diterima, beliau menempelak PM Anwar Ibrahim kerana surat itu dihantar berbagai saluran. Kalau tidak mengharap apa-apa dengan surat itu kenapa menulis kepada PM," soal Sayuti.

Sayuti menasihatkan bekas Menteri Sumber Manusia itu tidak payah membuat berbagai naratif di sebalik tuduhan itu apa lagi kalau mahu mengharap simpati dan penghukuman umum.

"Jika anda rasa benar, berhadapan saja di mahkamah. Kalau kita berada di pihak benar kenapa perlu takut, mahkamah memberi peluang keadilan kepada sesiapa tanpa diragui."

Betul juga kata Sayuti: "Jika anda yakin di pihak benar, jawablah di mahkamah kelak. Kemukakan bukti dan pertahankan diri secukupnya dari kandang tertuduh. Anda tidak perlu takut jika tidak bersalah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau terberak mesti kena basuh jika tidak, berbau," sindir penulis terkenal itu.

Menurut penulis berpengalaman itu, pertuduhan ke atas timbalan presiden MIC ini tidak pelik sedikit pun kerana sebelum ini ketuanya dalam BN awal-awal sudah menyenaraikan orang-orang yang akan didakwa sekiranya BN kalah, salah seorang disebut itu ialah Saravanan sendiri.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023