Wartawan ditegur kerana cuba memalukan negara di hadapan media asing, kata Nga Kor Ming

Nga Kor Ming pertahan tindakan berang tegur wartawan

Akhbar Sinar Harian melaporkan lewat malam tadi bahawa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Encik Nga Kor Ming mempertahankan tindakannya yang menegur seorang wartawan ketika pelancaran projek 'I Lite U' sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, Rabu lalu.

Memetik laporan Oriental Daily News, akhbar Bahasa Melayu itu berkata Kor Ming menegaskan bahawa interaksi antara wartawan dan individu yang ditemu bual haruslah bersifat dua hala yang mana kedua-dua pihak mempunyai hak masing-masing.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu berpendapat bahawa teguran itu adalah amalan yang adil dan reaksi berlebihan akan timbul jika seseorang tidak boleh menerima sedikit pembetulan.

Tambahnya, sesi sidang media yang dikendalikannya serta ucapan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur turut dijalankan dalam Bahasa Melayu meskipun melibatkan kehadiran wakil media asing.

“Bagaimanapun, masih ada seorang wartawan yang sengaja bertanya mengapa slogan kempen itu tidak dalam bahasa Melayu,” katanya dengan mendakwa ia menunjukkan bahawa wartawan terbabit cuba memalukan negara di hadapan media asing.

Kor Ming berkata demikian bagi menjawab kritikan pelbagai pihak yang tidak setuju dengan tindakan beliau memberikan reaksi selepas ditanya mengenai slogan kempen projek itu.

Sebelum ini Kor Ming ketika mengumumkan projek pencahayaan bandar ‘I Lite U’ di ibu negara dikatakan berang dengan soalan daripada wartawan Utusan Malaysia yang bertanyakan mengapa tema projek tersebut dalam bahasa Inggeris dan bukan bahasa kebangsaan.

Susulan kejadian itu, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Semenanjung Malaysia dan Gerakan media Merdeka (Geramm) mengeluarkan kenyataan yang menyatakan tindakan itu seperti mengugut dan menekan kebebasan media.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

It sounds exaggerating but it could be true—Malaysia is gangster paradise

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim