Sukar PN nak "Hogoh Jelai" sebab MB Pahang terlalu disayangi

Malaysiakini melaporkan semalam bahawa Program 'Hogoh Jelai' (loghat Pahang yang bermaksud Gegarkan Jelai) anjuran Perikatan Nasional (PN) yang dijadualkan malam ini adalah peluang terbaik pemimpin pembangkang melihat lebih dekat keistimewaan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Menurut portal itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail berkata terdapat dua kampung dalam kawasan DUN Jelai - Kampung Tanjung Gahai dan Kuala Medang - pernah diiktiraf sebagai kampung lestari peringkat negeri dan kebangsaan.

"Kita ada bermacam-macam benda yang menarik di Jelai, kita ada sungai dan makanan yang enak.

"Saya dengar pemimpin utama PN akan datang (malam esok, ketika artikel ini diterbitkan Permadu Malaysia: malam ini)... saya memang mengalu-alukan dan mereka boleh datang dan lihat sendiri apa yang 'special' di Jelai," kata Naib Presiden UMNO itu ketika berucap merasmikan Hari Statistik Negara dan Sedunia Peringkat Kebangsaan di Laman Sejahtera, Sungai Koyan, dekat Lipis, semalam.

Hadir sama Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Mohd Uzir Mahidin.

Wan Rosdy ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelai sejak Mac 2004.

Program 'Hogoh Jelai' anjuran PN dijangka berlangsung di Jalan Betau - Cameron Highlands, dekat Sungai Koyan, bermula jam 9 malam ini.

Antara pimpinan utama PN dijadualkan hadir Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Selain itu, pimpinan daripada Gerakan juga bakal hadir dalam program berkenaan.

Difahamkan, PN juga akan melancarkan jentera pilihan raya dan himpunan penyokong bersempena siri jelajah PN Teraju Pahang itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Pahang, Encik Mohd Kamil Ibrahim menyifatkan tindakan PN menganjurkan 'Hogoh Jelai' di kawasan Wan Rosdy sebagai langkah terdesak gabungan pembangkang.

“Tak ada hujan, tak ada ribut, tiba-tiba datang buat onar di tempat orang. Inilah perangai mereka dari dulu sampai sekarang — amalkan politik sempit dan penuh kebencian,” portal itu memetik Mohd Kamil sebagai berkata menerusi satu kenyataan di Kuantan, semalam.

Beliau juga berkata program itu juga tidak relevan dan menggambarkan amalan politik sempit serta penuh kebencian yang cuba diterapkan pembangkang.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim