Seorang berkemban, seorang pakai kain pelikat
Akhbar Berita Harian melaporkan seorang wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) semalam selepas disyaki bersedudukan dengan lelaki warga asing hingga melahirkan anak.
Serbuan dilakukan jam 10 pagi ke atas sebuah rumah yang ketika itu didiami wanita berusia 30-an bersama pasangannya dari negara jiran yang bekerja sebagai tukang rumah.
Menurut JAINJ, ketika serbuan dilakukan, lelaki berusia 40-an dalam keadaan berkain pelikat tanpa baju manakala wanita itu hanya berkemban dengan kain batik.
"Sebaik penguat kuasa mengetuk pintu, pasangan itu keluar dalam keadaan 'mamai' seperti orang baru bangun tidur.
"Hasil pemeriksaan mendapati, pasangan itu tinggal di rumah terbabit sejak dua tahun lalu hingga melahirkan seorang anak. Anaknya kini berusia tiga bulan dilahirkan di sebuah hospital dan mempunyai sijil lahir.
"Lelaki ini bekerja sebagai tukang rumah. Ketika serbuan dijalankan, lelaki itu cuba melarikan diri melalui pintu belakang namun berjaya dikejar penguat kuasa," katanya dalam kenyataan.
Katanya, ketika disoal siasat, pasangan ini mendakwa bernikah di negara jiran namun mereka gagal mengemukakan surat pernikahannya.
"Gambar yang ditunjukkan sambil memakai baju raya meragukan dan ia bukan gambar ketika mereka akad nikah. Malah, pasangan itu juga tidak ingat tarikh bila mereka bernikah.
"Selain itu, penguat kuasa juga meminta wanita itu menunjukkan pasport ke negara jiran namun dia memberitahu memasukinya secara haram.
"Justeru, pasangan itu ditahan bagi membantu siasatan dan mereka akan didakwa mengikut Seksyen 23Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.
"Hukumannya adalah denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara atau sebatan ataupun ketiga-tiga hukuman terbabit, jika didapati bersalah," katanya.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment