PN lebih risaukan perjanjian perdagangan Malaysia-AS, bukan isu Anwar menari

Kalau terima Titah Offer Agong ke-16, mesti Muhyiddin yang menari dengan Trump

Media melaporkan pembangkang secara sini mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar kerjayanya dan menjadi penari, ketika membangkitkan rasa tidak puas hati berhubung kandungan perjanjian perdagangan timbal balik Malaysia-Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (PH-Larut) menegaskan mereka tidak cemburu dengan Anwar yang dilihat menari ketika menyambut ketibaan Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump dan semasa majlis makan malam Sidang Kemuncak Asean, baru-baru ini.

"Apa yang saya hairan Perdana Menteri seronok menari, eh kau seronok kau punya pasal. Kami tak dengki pun kau menari, kami tak dengki pun kau menari bersama dengan Trump (semasa) menyambut dia.

"Dalam dekorum sebagai yang orang tertinggi (Perdana Menteri) dalam majlis rasmi, kau bangun menari (ketika) beberapa pemimpin tertinggi ada sebelah kau.

"Apa pasal pula (pembangkang) nak dengki…Tengok kau menari, rakyat pun tak dengki sebab ada rakyat yang suka, ada yang tak suka,” Hamzah dipetik Malaysiakini sebagai berkata dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Hamzah bersama sekumpulan ahli parlimen PN mengadakan sidang media tergempar selepas sesi penerangan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berhubung perjanjian perdagangan timbal balas Malaysia-AS. 

Beberapa hari lalu, video sambutan ketibaan Trump ke Malaysia mengundang perhatian ramai, menarik lebih 21.5 juta tontonan di pelbagai platform.

Disambut dengan persembahan tarian tradisional, Trump dilihat turut menari dengan Anwar ‘melayan’ rentak tariannya. Tindakan itu disambut pujian dan juga kritikan ramai.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata pembangkang hanya ingin mempersoalkan perjanjian perdagangan tersebut, antara lain berhubung Perkara 3.3 berkaitan perdagangan digital.

"Saya nak beritahu Perdana Menteri, kami tak dengki pun kau boleh menari dengan Trump di lapangan terbang dan semasa program rasmi kerajaan.

"Apa yang kami persoalkan adalah tentang perjanjian, kami persoalkan tentang maruah kerajaan, maruah negara. Itu yang kami persoalkan.

"Kalau kau rasa nak menari saja, tukarlah profesion. Kamu boleh jadi penari yang bagus. Saya rasa Malaysia perlukan penari yang bagus di dalam kejohanan menari, mungkin boleh tanya dia untuk wakili Malaysia," katanya.

Perjanjian yang dimeterai itu antara lain menyatakan kadar tarif timbal balik bagi Malaysia dikekalkan pada 19 peratus.

Pada masa sama, Malaysia mendapat persetujuan yang senarai barangan yang dikecualikan daripada tarif tersebut akan kekal berkuat kuasa.

Ini termasuk bagi semikonduktor dan komponen elektronik lain — antara eksport utama Malaysia ke Amerika Syarikat.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim