Lelongan kereta mewah, barangan peribadi Dr Vida 30 Oktober ini
Selepas tertangguh sejak Disember tahun lalu, proses lelongan kereta mewah dan 727 barangan peribadi milik usahawan sensasi, Datuk Seri Vida bakal dilakukan pada 30 Oktober ini, Berita Harian memetik laporan Harian Metro semalam.
Menerusi notis perisytiharan jualan lelong yang disiarkan dalam ruang iklan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan semalam, Rabu 15 Oktober 2025, jualan berkenaan dilakukan oleh pemiutang, AH Design Communication Sdn Bhd pada Vida.
Tindakan itu susulan kegagalan Vida membuat bayaran dengan jumlah sebenar yang tertunggak kepada syarikat subkontraktor AH Design Communication.
Selain gagal mencapai tawaran penyelesaian serta permohonan Vida agar proses lelongan ditangguhkan selama hampir setahun atas alasan barangan yang disita adalah barangan pinjaman.
Begitupun, mahkamah memutuskan sebaliknya apabila pihak Vida gagal mengemukakan bukti kukuh.
Terdahulu, dianggarkan 727 barangan milik Vida disita dalam proses yang berlangsung selama lima jam di banglo mewahnya di Ipoh itu pada 25 November tahun lalu.
Barangan itu disita selepas Vida gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada syarikat kontraktor pembinaan AH Design Communication sebanyak lebih RM1 juta pada 2018.
Selain empat buah kereta milik Vida antara barang yang disita seperti pembakar roti jenama Sharp, penapis air Coway, meja solek, peti sejuk dan lain-lain.
Acara lelong sepatutnya diadakan pada 9 Disember lalu, namun, ditangguhkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Vida menangguhkan proses itu.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sum
bangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment