Kisah Bomoh dan Pegawai Bank

Di bandar serba bestari Rompin, di suatu pagi, seorang bomoh menemui pegawai bank di sebuah bank di pusat bandar untuk memohon pinjaman sebanyak RM500 sahaja. 

Selepas menyiapkan urusan dokumentasi, pegawai bank bertanya, "Encik nak buat apa dengan duit pinjaman ini?"

"Saya nak pergi ke Kuala Lumpur untuk menjual cincin-cincin azimat yang saya buat dan jampi sendiri," jawab bomoh itu.

"Encik ada apa-apa cagaran ke?" tanya pegawai bank.

Bomoh termenung seketika. Kemudian dia menjawab dalam bentuk soalan: "Maaf, koi tak faham. Cagaran itu apa?" 

Dengan tenang dan sabar pegawai bank menerangkan cagaran itu ialah sesuatu barang berharga yang bank boleh pegang dan simpan, seandainya bomoh itu tidak mampu membayar balik pinjaman. 

Lalu pegawai bank itu bertanya: "Encik ada kenderaan?" 

Bomoh: Saya ada motorsikal.

Pegawai Bank: Motor baru atau lama?

Bomoh: Honda C70 model 1978. Dah lama sudah habis hutang dengan bank.

Pegawai Bank: Ohh tak boleh. (Termenung seketika) Baiklah, Encik tunggu dulu. Saya bincang dengan boss saya.

Selepas beberapa jam, pegawai bank datang menemui bomoh di kerusi menunggu, lalu membawanya ke bilik pejabat, memaklumkan permohonannya telah diluluskan. 

Pegawai bank menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 setelah bomoh menandatangani semua dokumen yang diperlukan. Bomoh mengucapkan terima kasih.

Sebulan berlalu. 

Bomoh kembali ke bank menemui pegawai untuk membayar pinjaman sepenuhnya beserta bunga dan caj perkhidmatan yang berjumlah RM550.

Pegawai bank agak terkejut kerana bomoh itu membawa satu karung wang yang dianggarkan berjumlah puluhan ribu ringgit.

Selepas urusan pembayaran balik selesai, pegawai bank bertanya, "Encik nak buat apa dengan duit yang banyak tu?"

"Saya nak simpan dalam tempayan besar di rumah saya," jawab bomoh.

Pegawai Bank: Encik tak nak buka akaun dan deposit duit Encik ke dalam bank?

Bomoh: Maaf, deposit tu apa?

Pegawai Bank: Deposit tu Encik simpan duit di dalam bank kami. Bila-bila Encik nak guna duit, Encik boleh keluarkan.

Selepas diam sejenak, bomoh lalu menjawab: "Apa cagaran bank boleh bagi kepada saya?"


Adaptasi dan terjemahan dari sebuah cerita asal dalam Bahasa Inggeris. Tempat, profesion dan institusi adalah rekaan semata-mata.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim