Kes Ismail Sabri masih diteliti, kes menantu Muhyiddin pula arahan pertuduhan sudah ada
Pejabat Peguam Negara (AGC) memberitahu sendiri kepada sebuah akhbar Bahasa Melayu bahawa mereka sedang meneliti laporan penuh siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan masih ada banyak dokumen dan aspek keterangan perlu diteliti.
"Proses-proses itu mungkin akan mengambil masa, selain terdapat keperluan untuk siasatan lanjut dijalankan," Berita Harian memetik Mohd Dusuki sebagai memberitahu sendiri kepada akhbar itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta akhbar berkenaan untuk mengulas berhubung perkembangan kes membabitkan Ismail Sabri.
Pada 9 September lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, berkata wang tunai berjumlah hampir RM170 juta yang disita SPRM dan dipercayai milik Ismail Sabri kini secara rasmi menjadi hak kerajaan serta dimasukkan ke akaun kerajaan.
Azam berkata, perkara itu susulan keputusan Ismail Sabri yang tidak berhasrat mencabar permohonan pihak pendakwaan melucut hak wang tunai berkenaan.
Sementara itu, Mohd Dusuki turut mengulas berhubung perkembangan kes membabitkan menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, ketika ini siasatan ke atas ahli perniagaan, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan sudah selesai.
"Siasatan ke atas menantu Muhyiddin selesai dan arahan untuk pertuduhan sudah ada," katanya.
Muhammad Adlan dipercayai berada di Asia Barat dan usaha mengesan beliau masih dijalankan.
Pada Oktober 2023, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor mengesahkan permohonan notis merah ke atas Muhammad Adlan dan Mansoor sudah diserahkan kepada Polis Antarabangsa (Interpol).
Tindakan menyenaraikan nama mereka di dalam notis merah itu dilakukan selepas dimohon SPRM untuk mengetahui keberadaan kedua-dua individu itu.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sum
bangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment