Keluarga korporat Sapura Holdings bertelingkah — Anak cabar Ayah di Mahkamah Syariah

Datuk Shahriman Shamsuddin dan bapanya Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir (menaiki kerusi roda) ketika hadir ke prosiding pagi ini di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.

Media melaporkan CEO kumpulan Sapura Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Shahril Shamsuddin mencabar permohonan bapanya, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Syariah untuk membatalkan hibah 14.8 juta unit saham yang diberikan kepadanya pada 1997.

Tan Sri Shahril Shamsuddin

Ketika pengurusan kes, peguam Encik Rafie Shafie yang mewakili Shahril memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya mengarahkan untuk mencabar permohonan tersebut.

Rafie turut berkata bahawa writ saman dan pernyataan tuntutan oleh Shamsuddin hanya diserahkan kepada anak guamnya pada 13 Oktober 2025.

Pendaftar Puan Niana Nazahar menetapkan 18 Novembet untuk pengurusan kes selanjutnya.

Shahril, 64, tidak hadir ke mahkamah pagi tadi.

Peguam Shamsuddin, Encik Suhaimi Saad, berkata pengasas Sapura berusia 94 tahun itu memfailkan dua permohonan di mahkamah, satu untuk mengesahkan hibah yang diberikan kepada dua anak lelakinya, Shahril dan Shahriman, dan satu lagi untuk membatalkan hibah yang diberikan kepada Shahril.

Suhaimi berkata, Shamsuddin memberikan setiap seorang anak lelakinya 14,850,000 unit saham dalam Sapura Holdings pada 7 Novembet 1997 sebagai sebahagian daripada hibah tersebut.

Tiada sebab diberikan mengapa beliau membatalkan hibah hanya kepada Shahril.

Datuk Shahriman Shamsuddin

Datuk Shahriman, 56, hadir di mahkamah dan dinamakan sebagai defendan kedua hanya bagi mengesahkan pemberian hibah tersebut.

Seperti dipetik FMT, peguam Encik Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Shahriman berkata anak guamnya tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan bapanya untuk mengesahkan hibah yang diberikan kepadanya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim