Kampung Melayu Majidee JB disaran ditukar nama KAMPUNG PAIP PECAH

Wartawan Permadu Malaysia di Johor Bahru, Rashidah Abdul Majid melaporkan sebuah kampung yang terletak di dalam kawasan Majlis Bandar Raya Johor Bahru (MBJB) sedang berdepan dengan keadaan seperti di pendalaman di zaman 70an sejak akhir-akhir ini. 

Penduduk kampung di dalam bandar raya di mana sesetengah orang menganggap "bertaraf dunia" yang menghampiri standard London-Paris-New York ini, atau sekurang-kurangnya setanding dengan Singapura dan Seoul di Korea Selatan, dirosakkan serta dicemari dengan imej pengurusan teruk lagi haprak pembekal monopoli bekalan air di daerah dan negeri ini.

Kampung tanpa ketua kampung untuk tempoh agak panjang ini menyaksikan suasana bekalan air terputus. Mula-mula sekali-sekali, kemudian sebulan sekali. Diikuti dengan seminggu sekali. Dan sekarang kelihatan sedang menuju ke arah hari-hari tak ada air.

Para penduduk yang dilanda resah akibat gangguan bekalan air yang terlalu kerap mula terasa bahawa mereka sebagai pelanggan bekalan air dilayan seperti pengguna negara mundur, di mana sudah sampai ke tahap diperbodohkan sebodoh-bodohnya oleh syarikat monopoli pembekal air, iaitu Ranhill Syarikat Air Johor (SAJ).

Mana tidaknya, setiap kali bekalan air terputus tanpa notis, alasan tidak rasmi yang dikhabarkan ialah paip pecah.

Kerja-kerja rektikasi mengambil masa berjam-jam sehingga kadang-kadang mencecah lebih 24:jam!

TAK ADA AIR LAGI... Kerja membaiki paip pecah yang terlalu kerap oleh kontraktor Ranhill SAJ di Jalan Stulang Baru.

Berdasarkan maklum balas daripada penduduk kampung ini, Permadu Malaysia mencadangkan isu ini perlu campur tangan Menteri Besar bagi mengatasinya once and for all.

Rombakan besar terhadap pengurusan dari atas, teknikal hingga ke bawah perlu dilakukan dengan segera. Jika perlu pecat, pecatlah tanpa was-was. 

"Selalu sangat paip pecah, Ranhill SAJ tiada contingency plan ke?" tanya seorang penduduk.

Dalam pada itu, penduduk agak bernasib baik kerana ada seorang Ketua Kampung yang sudah tamat tempoh perkhidmatannya, namun masih terus berbakti kepada masyarakat Kampung Melayu Majidee.

Bekas ketua kampung yang terus berbakti itu (gambar atas) dikenali sebagai Encik Azaman, juga mesra dengan panggilan Tok Man.

"Dia ikhlas, aktif, berdedikasi dan rajin. Tidak mengharap balasan, buat kerja tak bergaji," seorang penduduk Kampung Melayu Majidee memberitahu wartawan kami beberapa hari yang lepas.

Kehadirannya lebih dari sekadar rubber stamp pengesahan dokumen, seperti kebanyakan ketua kampung tradisional.

Aktiviti bertani JPKK Kampung Melayu yang diinisiatifkan oleh Azaman. Nak kangkong bagi tahu, RM3 sekilogram, untuk tampung kos baja dan penyelenggaraan, katanya.
Gambar WhatsApp

"Saya pun hairan, mengapa kerajaan (pihak berwajib) tak sambung perkhidmatan dia.

"Bagi saya, dia adalah ketua kampung terbaik sejak lebih 58 tahun saya tinggal di sini," kata seorang penduduk veteran yang menganggap dirinya sebagai anak jati Kampung Melayu.

Menurut penduduk, satu lagi sebab Azaman disayangi ramai ialah kerana sifatnya yang sentiasa mencuba menenangkan orang ramai yang "marah" setiap kali berlaku gangguan bekalan air yang terlalu kerap.

Malah, beliau juga sering menasihatkan penduduk "keluar modal sedikit" beli bekas simpan air di rumah.

Pada masa ini, penduduk kampung berinteraksi dengannya melalui kumpulan WhatsApp JPKK Kampung Melayu di mana Azaman merupakan pentadbirnya.

Berdasarkan tinjauan, majoriti penduduk kampung berharap Azaman dilantik semula secara rasmi sebagai Ketua Kampung di kampung dalam bandar ini.

Sambil mengunyah ayam goreng di sebuah warong popular di kampung ini, seorang lagi penduduk yang tidak mahu identitinya didedahkan, memberitahu wartawan Permadu Malaysia dengan nada berseloroh: "Rashidah, saya cadangkan Kampung Melayu Majidee ini ditukar nama kepada KAMPUNG PAIP PECAH!

Satu warong ketawa terbahak-bahak umpama persembahan lawak jenaka yang menggamatkan studio.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim