Dua pemimpin bertaraf dunia bersua muka
Anda pasti kenal siapa pemimpin yang memakai songkok itu
Media melaporkan hari ini Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump telah menandatangani satu perjanjian menyeluruh mengenai perdagangan timbal balik.
Di bawah perjanjian tersebut, kadar tarif timbal balik bagi Malaysia dikekalkan pada 19 peratus.
Namun, seperti dilapor Malaysiakini, Malaysia telah mendapat persetujuan bahawa senarai barangan yang dikecualikan daripada tarif timbal balik di bawah perintah eksekutif Trump pada April lalu akan kekal berkuat kuasa.
Ini termasuk bagi semikonduktor dan komponen elektronik lain — antara eksport utama Malaysia ke Amerika Syarikat.
Satu lagi perkara utama dalam perjanjian itu ialah Malaysia tidak akan mengenakan sebarang kuota terhadap eksport mineral kritikal dan nadir bumi ke Amerika Syarikat.
Bagi pengguna Malaysia, perjanjian baru ini juga menyaksikan kerajaan bersetuju untuk mengecualikan produk pertanian dan makanan laut dari Amerika Syarikat daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Ini bermakna buah-buahan yang ditanam di Amerika Syarikat akan turut dikecualikan daripada SST, sama seperti epal, oren, kurma, dan limau mandarin.
Logo halal bagi mana-mana produk yang diperakui halal di Amerika Syarikat dan ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga akan dibenarkan untuk pasaran Malaysia.
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment